Hudud: Adakah Mah setuju kenyataan Shabery?


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_mustafa-ali_zpse818e409

(Harakah Daily) – Adakah calon BN pada PRK Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong bersetuju dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung pelaksanaan hudud?

Ini berikutan kenyataan Shabery di Putrajaya semalam yang berkata jika DAP menang jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak hudud.

“Kalau begitu, kita tanya Shabery adakah dengan menyokong calon BN daripada Gerakan bererti menyokong atau bersetuju dengan pelaksanaan hudud?

“Adakah Mah yang juga Presiden Gerakan setuju dengan kenyataan Shabery itu?” tanya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, rakyat umumnya mengetahui bahawa Gerakan menentang keras pelaksanaan hukum hudud.

Pada 24 April lalu, sekumpulan Pemuda Gerakan menyerahkan notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993) melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.

Notis itu diserahkan ketuanya Tan Keng Liang bersama 12 anggotanya kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Yusapiza Yaakob di Pejabat Agung PAS.

READ MORE HERE



Comments
Loading...