Hassan Malek pecat Sabaruddin Chik?


www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2012_12_deepak-jaikishan-300x192

Menteri Perdaganan Dalam Negeri Hassan Malek didakwa telah memecat Pengerusi Bank Rakyat kerana enggan memberi pinjaman tanpa faedah kepada Deepak Jaikishan

(Free Malaysia Today) – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek  dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar).

Menurut Setiausaha Kerja Barisan Nasional Parlimen Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju menyambung perkhidmatan Sabaruddin di Bank Rakyat, tetapi Hassan telah mengingkari keputusan Perdana Menteri.

“Semangat saya hilang sejak diberitahu oleh seorang kawan saya yang kerja di Bank Rakyat mengenai seorang peminjam yang mengaku ada hubungan rapat dengan Najib dan isterinya,  diluluskan pinjaman berjumlah hampir RM 40 juta selama 30 tahun tanpa faedah,” kata beliau dalam posting Facebooknya.

Katanya, beliau konsisten bahawa setiap penyalahgunaaan kuasa harus dilawan dan ditentang.

“Tak kira dia dari Umno atau tidak,” tegasnya.

Deepak dikatakan adalah  kawan rapat Rosmah Mansor dan Hassan didakwa telah mengarahkan Bank Rakyat untuk meluluskan permohonan Deepak, tetapi semua ahli lembaga pengarah bank tersebut enggan berbuat demikian.

“Saya berharap mesyuarat kabinet dapat bincangkan kisah Deepak yang telah mendapat ehsan menteri yang menjaga Bank Rakyat hutang pinjamannya RM40juta dibayar tanpa faedah selama 30 tahun,” katanya lagi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...