Si putar alam untuk Kajang


Anwar-Ibrahim-KAJANG

Sekiranya Anwar menjadi Menteri Besar, dia akan menjadi Menteri Besar yang paling sibuk dalam sejarah Malaysia.

Lisa Adam, FMT

Semakin dekat dengan tarikh penamaan calon bagi PRK Kajang, Anwar Ibrahim jadi makin tak tentu hala.

Setiap kenyataan dan langkah yang diambil Anwar kebelakangan ini hanya lebih teruk dari yang sebelumnya.

Berapa lama lagi Anwar nak terus memperbodoh-bodohkan dirinya sendiri di mata umum?

Kalau macam ini, nampak gayanya BN tidak perlu bersungguh-sungguh melancarkan kempen bagi ‘melawan’ Anwar kerana Anwar dengan sendirinya membuka pekung di dada, dan sekiranya dinilai dengan teliti, setiap langkah yang diambil Anwar kini menyerlahkan lagi keterdesakannya untuk memenangi hati pengundi.

Kalau Anwar sendiri terumbang-ambing cuba mengatur gerak, apa lagi yang boleh dikatakan mengenai idea-idea penipu yang datang dari pakar-pakar strateginya? Hancur!

Dari kenyataan bahawa dia tidak akan bertanding di Kajang kepada jadi bertanding, dari tidak mahu jawatan Menteri Besar kepada mahu, selepas ini apa lagi?

Tidak penatkah Anwar dan jeneral-jeneral perangnya cuba menyuap para pengundi di Kajang dengan penipuan demi penipuan dan sebab-sebab yang makin lama semakin tidak munasabah dan gila?

Anwar dengan bangganya membawa masuk Muhammad Muhd Taib ke dalam kem perangnya dengan alasan pengalaman dan kebijaksanaan bekas Menteri Besar Selangor itu akan dapat membantunya menjana Selangor dari segala segi dengan lebih baik.

Restu PAS

Tetapi hakikatnya, jika benar Anwar mahu berbuat demikian untuk Selangor, dia boleh melakukannya tanpa perlu menyeret pengundi Kajang untuk terlibat sama.

Anwar adalah Penasihat Ekonomi Selangor! Kalau dengan jawatan sebegitu pun dia tidak mampu membantu Selangor, memang nampak sangatlah dia memang tidak ikhlas untuk membantu dan gila kuasa.

Mungkin apa yang sebenarnya Anwar mahu hanya supaya PAS ‘merestui’ serta menyokong cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar selepas PRK Kajang nanti.

Kerana itulah dia memilih untuk ‘bekerjasama’ dengan Muhammad Muhd Taib, individu sama yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah dalang di sebalik perletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor pada 1997.

Besar sangatkah pengaruh Muhammad Muhd Taib ini di dalam PAS sehingga PAS akan akur dengan kehendak Anwar?

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...