Pemuda PAS perlu sepakat sokong Anwar


Kajang by-election

Pemuda PAS sebaliknya perlu bersyukur kerana dianugerahkan pemimpin bertaraf dunia menjadi wakil rakyat di Selangor

Jamilah Kamarudin, FMT

Pemuda PAS dinasihatkan supaya menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor Khairil Adanan berkata, Pemuda PAS sebaliknya perlu bersyukur kerana dianugerahkan pemimpin bertaraf dunia menjadi wakil rakyat di Selangor.

“Jangan termakan dengan propaganda lawan yang sememangnya mahu Pakatan Rakyat (PR) bertelagah sesama sendiri pada ketika perpaduan dan kata sepakat amat diperlukan ketika ini bagi mempastikan kerusi N25 Kajang kekal milik PR-PKR,” katanya dalam kenyataan kepada FMT.

Khairil berkata, pihaknya menyelar pendirian Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat yang enggan menerima Anwar sebagai Menteri Besar Selangor baru sekiranya menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

“AMK Johor juga tidak nampak sekiranya Anwar diangkat menjadi Menteri Besar Selangor akan memudaratkan rakyat Selangor itu sendiri.

“Kita tawarkan pemimpin bertaraf dunia untuk Negeri Selangor dan secara tidak langsung akan memantapkan lagi kerjasama parti pendokong PR khususnya di Selangor,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...