Rafizi Ramli, ayam tambatan atau orang suruhan?


Anwar-Rafizi

Empire Strikes Back

Bertepatan dengan jawatan yang disandangnya, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sekali lagi muncul dengan apa yang disifatkan sebagai satu pendedahan besar mengenai pentadbiran Najib Razak.

Selepas NFC, kini Rafizi kecoh pula dengan tuduhan bahawa Putrajaya menjual aset negara bernilai RM5.6 bilion bagi menutup kegagalan mencapai sasaran defisit membabitkan hutang negara. Memetik laporan terkini Bank Dunia, “Malaysia Economic Monitor: December 2013″ yang dikeluarkan baru-baru ini Rafizi cuba menanam curiga di kalangan rakyat kerana laporan tersebut mendedahkan pendapatan kerajaan Malaysia akan dijana termasuk RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).

Namun ramai yang tertanya-tanya aset negara yang mana yang telah dijual oleh Putrajaya kerana sehingga artikel ini ditulis, Rafizi Ramli masih belum mengeluarkan senarai aset-aset tersebut.

Dalam keghairahan Rafizi mendedahkan ‘kepincangan’ pentadbiran Najib Razak, ada suara-suara yang mengatakan bahawa tindakan Rafizi ini hanyalah taktik untuk mengalihkan tumpuan umum daripada Anwar Ibrahim dan isu pengundi Bangladesh.

Satu Malaysia tahu mengenai isu pengundi Bangladesh yang dimulakan Anwar dalam kempen Blackout 505 bagi menyangkal ketelusan Pilihanraya Umum Mei 2013. Itu tidak termasuk julukan ‘Banglasia’ dan saranan yang dibuat oleh Anwar sendiri supaya kerajaan melantik sekurang-kurangnya seorang warga Bangladesh di dalam kabinet.

Selain daripada pengundi warga asing, Pakatan Rakyat melalui kempen Blackout 505, telah menyenaraikan gangguan eletrik semasa pengiraan undi juga kehilangan peti undi sebagai taktik kotor BN dalam memenangi GE13.

Namun yang demikian, tiada satu pun daripada 58 Petisyen Pilihanraya yang difailkan oleh Pakatan Rakyat menyebut mengenai gangguan bekalan kuasa atau peti undi hilang seperti yang didakwa Anwar. Tindakan Pakatan Rakyat cuba untuk menyelesaikan kes tersebut diluar mahkamah juga mengundang tanda tanya mengenai kebenaran dakwaan yang dibuat oleh pakatan tersebut.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...