Pemuda Umno Pulau Pinang persoal kaedah pemberian tender


Rafizal

Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin meminta penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap kaedah pemberian tender ini berikutan kenyataan bercanggah daripada kerajaan negeri.

(FMT) – Pergerakan Pemuda Umno Negeri telah dimaklumkan melalui beberapa laman blog, bahawa berlaku ketidaktelusan di dalam pengagihan Projek Membina Tebatan Banjir di sekitar Jalan Kampung, Bukit Mertajam.

Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,Rafizal Rahim, beberapa dokumen sulit dan rasmi milik Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertarikh 15 Mac 2013 dan 20 Jun 2013 turut dilampirkan bagi menyokong kenyatan didalam blog tersebut.

Dakwanya lagi, di dalam dokumen tersebut, telah dinyatakan dengan jelas bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan telah mencadangkan dan bersetuju projek ini dijalankan secara rundingan terus dengan Syarikat S.P Mega Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM 6,913,896.60.

Beliau menambah dalam masa yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, pada 18 Mac 2013, telah membuat kenyataan di dalam The Star Online bahawa projek ini telah dilaksanakan secara open tender atau tender terbuka dan telah diberikan kepada S.P Mega Sdn Bhd dengan nilai yang sama.

“Dalam hal ini, Pemuda UMNO Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang ingin meminta penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap kaedah pemberian tender ini memandangkan kenyataan beliau di dalam The Star Online dan Minit Mesyuarat JawatanKuasa Perolehan ini berbeza,” kata beliau dalam satu kenyataan media kepada FMT.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...