Kenapa Umno masih memimpin kita?


Pembangkang masih tidak mempunyai pemimpin yang sebenarnya “viable” untuk dijadikan pemimpin utamanya. Pembangkang sekadar mempunyai pemimpin yang boleh menggerakkan untuk mengumpulkan manusia yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan yang menyandang kuasa kerajaan semata-mata.

Aspan Alias, TMI

Ramai kehairanan kenapa Umno dan BN masih berkuasa walaupun berbagai isu dan kelemahan yang kita ketahui dan sedang diratapi oleh umum. Pimpinan Umno tidak mahu berubah kerana mereka yakin rakyat tidak memahami isu buruk mereka dan akan terus diberikan kuasa terhadap mereka walau seburuk mana perangai dan sikap mereka.

Kekurangan kesedaran orang Melayu yang masih menyokong Umno itu sebenarnya diperkuatkan oleh kegagalan pembangkang juga. Malahan pembangkang sebenarnya yang menambah kelemahan dan sikap tidak mahu berubah orang Melayu, khususnya ahli-ahli Umno, yang dianggap pembangkang sebagai bebal itu.

Itu sebabnya saya tidak pernah menggunakan istilah kasar-kasar terhadap Umno walaupun selemah mana pun pemikiran pemimpin mereka kerana mereka juga tidak mahu terjebak dalam situasi keluar daripada “mulut buaya tercampak pula dalam mulut naga”. Isu yang membuatkan pembangkang mendapat kerusi kemenangannya itu bukannya sokongan terhadap parti pembangkang itu 100%.

Mereka mengundi pembangkang kerana rasa marah dan geram mereka terhadap Umno itu. Setelah pilihan raya berlalu ramai yang saya temui melalui perjumpaan-perjumpaan kecil yang mereka marah dengan Umno tetapi bolehkah pembangkang menyejukkan jiwa mereka? Saya telah menyebut tentang kekuatan persepsi terhadap sesuatu pertubuhan atau kumpulan itu adalah terletak kepada manusia yang memimpinnya.

Pembangkang masih tidak mempunyai pemimpin yang sebenarnya “viable” untuk dijadikan pemimpin utamanya. Pembangkang sekadar mempunyai pemimpin yang boleh menggerakkan untuk mengumpulkan manusia yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan yang menyandang kuasa kerajaan semata-mata.

Rakyat tidak mahu seorang pemimpin utama yang masih menjadi persoalan dalam hal peribadinya kerana kekurangan dalam imej dan persoalan peribadi merupakan persoalan yang utama dalam memilih pemimpin utama kerajaan. Rakyat sedang berada dalam keadaan serba salah. Itu sebab mereka terpaksa juga mengekalkan kepimpinan yang mereka tidak suka untuk memastikan peralihan kepada pihak lain itu tidak menjadi pilihan yang silap lagi.

Pihak pembangkang juga tidak menunjukkan kesatuan yang erat di antara pemimpin utamanya dan semakin hari semakin jelas Anwar tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan keyakinan untuk menjadi pimpinan alternatif. Keadaan ini tidak menampakkan penambahbaikan dan jika ditimbang-timbang kerajaan tetap berada di tangan Umno lagi di dalam pilihan raya akan datang.

DAP adalah parti yang sudah sampai ke peringkat “saturation” dan parti itu sudah memenangi semua kerusi yang sepatutnya dimenanginya. Parti ini sudah sampai ke tahap optima dan graf kemajuannya tidak mudah untuk menunjukkan kenaikan selain penurunan selepas ini. Sokongan orang Melayu terhadap parti itu tidak mungkin menaik lagi dan pilihan raya yang lepas merupakan sokongan Melayu tertinggi kerana keadaaan Umno dan BN yang sedang dalam ketenatan semasa itu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...