Anjing dan Islam


http://www.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/TMI_1Sabun_400_272_100.jpg

Sabun khas untuk memudahkan orang Islam bersamak. 

Apabila saya cuba menerangkan bahawa orang Melayu tidak perlu takut pada anjing. Saya dikatakan cuba mengelirukan orang Melayu (Islam) dan bukan Melayu (bukan Islam) – dengan idea-idea yang bertentangan dengan amalan konvensional di negara ini. 

Uthaya Sankar SB, TMI 

Pertama kali saya mendapat tahu mengenai hakikat ada orang Melayu Islam memelihara anjing adalah sewaktu saya belajar di tingkatan satu di Sekolah Menengah Darul Ridwan, Taiping.

Sebagai seorang individu yang lahir dan membesar di kawasan perkampungan (bukan estet atau ladang) berpenduduk majoriti kaum India di Lorong B, Aulong Lama, saya sedikit terkejut.

Ini kerana pemahaman umum adalah bahawa orang Melayu tidak memelihara anjing. Malah, dalam kebanyakan keadaan, takut akan anjing. Demikian realiti yang wujud di depan mata.

Maka, apabila saya mendapat tahu bahawa ada keluarga rakan sekelas yang memelihara anjing, saya teruja untuk melakukan siasatan. Maksud saya, mengetahui hukum sebenar memelihara anjing menurut Islam.

Tambahan pula, selalu juga rakan-rakan bukan Melayu di sekolah dan kampung bertanya mengapa orang Melayu “takut akan anjing”. Oleh kerana tidak mahu mengguriskan hati rakan Melayu, soalan yang dianggap sensitif itu tidak diajukan terus kepada mereka.

Kebanyakan maklumat yang saya kumpulkan adalah menerusi pembacaan buku agama di perpustakaan sekolah. Ustaz dan ustazah turut menjadi sumber rujukan. Usaha menimba ilmu itu masih berterusan.

Sedikit demi sedikit, saya mula faham rasional sebenar di sebalik “ketakutan” rakan Melayu terhadap anjing. Saya juga faham rasional keluarga rakan sekelas saya (Melayu Islam) memelihara anjing.

Pada masa sama, sepanjang proses menimba ilmu dan maklumat berkaitan topik yang agak sensitif ini, timbul pula pelbagai dialog (perbincangan) dengan pelbagai pihak. Seperti biasa, saya dianggap pihak tertentu sebagai cuba mempersenda amalan orang Melayu.

Misalnya, apabila saya cuba menerangkan bahawa orang Melayu tidak perlu takut pada anjing. Saya dikatakan cuba mengelirukan orang Melayu (Islam) dan bukan Melayu (bukan Islam) – dengan idea-idea yang bertentangan dengan amalan konvensional di negara ini.

Berusaha mendapatkan maklumat sebenar dan tepat

Apatah lagi apabila timbul kontroversi tidak berasas berhubung klip video seorang individu Melayu bersama anjing-anjingnya pada Julai lalu. Insiden itu juga membantu saya kembali mendalami pelbagai hukum berkaitan pemeliharaan anjing oleh orang Islam. Sekurang-kurangnya saya tidak boleh “ditipu” mana-mana pihak yang pandai “kelentong”.

Hasil perbualan saya dengan guru dan ustaz sejak kecil, tahulah saya bahawa anjing (dan babi) termasuk dalam kategori “najis mughallazah” – istilah yang sudah diketahui umum berikutan penyebaran klip video murid sekolah rendah bertanya soalan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Apa pun, tentulah ada beza antara “haram” dan “najis”. Malah ada perbezaan nyata antara “najis” dan “hadas”. Dalam konteks di Malaysia, daripada segi bahasa, tidak mustahil bahawa ramai – Melayu dan bukan Melayu – yang kurang teliti terhadap perbezaan antara ketiga-tiganya.

Saya pernah membaca bahawa Nabi Muhammad bersabda, jika seorang Muslim memelihara anjing, maka pahalanya akan ditolak (dikurangkan) setiap hari. Pengecualian diberikan jika anjing itu dipelihara bagi tujuan menjaga rumah, harta benda, ternakan dan tanaman atau memburu.

Ada juga Hadis sahih yang pernah saya baca bahawa seorang Muslim yang memegang anjing akan ditolak amalannya setiap hari. Pengecualian masih diberikan jika anjing itu dipelihara bagi tujuan menjaga ternakan atau kebun individu terbabit.

Berdasarkan kisah-kisah di atas, secara logik, saya menyimpulkan sejak dahulu bahawa hukum memelihara anjing menurut Islam adalah “makruh” iaitu tidak salah jika dilakukan tetapi pahala jika ditinggalkan.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/uthaya-sankar/article/anjing-dan-islam 



Comments
Loading...