A touching video of a Malay man who cares for stray dogs


{youtube}JgByAELBcoE{/youtube} 

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE: http://www.youtube.com/watch?v=JgByAELBcoE 

In our society we tend to create a perception on things because we think that’s how it should be without taking into account what religion has to say about it. 

Kehidupan kita di dalam dunia ini bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah dan manusia, malah semua makhluk ciptaan Allah.

Nilai kasih sayang terhadap binatang tiada tolok bandingnya menerusi paparan sebuah dokumentari pendek berkenaan kehidupan Mohammad Azmi Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Mie.

Dia dan isteri yang menetap di Alor Star, Kedah telah terlibat secara sukarela dengan menjaga haiwan terutama anjing terbiar.

Walaupun segelintir masyarakat kita sedar bahawa anjing adalah haiwan yang haram di sisi Islam, tetapi Pak Mie melihat ia merupakan satu amanah serta tanggungjawab untuk menjaga setiap makhluk ciptaan Allah.

Dokumentari pendek itu turut menunjukkan betapa kuat semangat serta usaha yang ditunjukkan oleh Pak Mie serta isteri dalam menguruskan pusat perlindungan tersebut.

Malah, Pak Mie turut memberi peluang kepada anaknya untuk mewarisi menguruskan pusat jagaan tersebut.

Bukan itu sahaja, Pak Mie turut mendapat tajaan dalam bentuk beras dan kepala ayam yang dijadikan sebagai sumber makanan kepada anjing-anjing yang dijaga.

Pada masa yang sama, pegawai Majlis Agama Islam Kedah turut memberi respon positif terhadap kerja amal yang dilakukan oleh Pak Mie itu.

Sehingga Januari 2013, lebih daripada 500 ekor anjing dan 100 ekor kucing telah diselamatkan oleh Pak Mie. 

 



Comments
Loading...