Pengundi Kristian Kota Belud kecewa dengan Rahman Dahlan


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/MP-Abdul-Rahman-Dahlan-300x202.jpg

Mereka kesal sokongan Rahmad terhadap Perkasa yang mahu membakar kitab injil versi Bahasa Malaysia yang ada kalimah Allah

(FMT) – Para pengundi Kota Belud dari kalangan Kristian dalam senyap membidas kenyataannya kelmarin sebagai kurang ajar dan biadap serta “kacang lupakan kulit” terhadap sokongan masyarakat Kristian di Kota Belud.

Ahli Parlimen Kota Belud,  Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menyokong seruan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Al-Kitab (Bible versi Bahasa Indonesia) yang mengandungi perkataan “Allah” dikecam hebat di kalangan penduduk Sabah.

Para pengundi Kota Belud dari kalangan Kristian dalam senyap membidas kenyataannya kelmarin sebagai kurang ajar dan biadap serta “kacang lupakan kulit” terhadap sokongan masyarakat Kristian di Kota Belud.

Mereka yang ditemui FMT bagaimanapun “lega” kerana mengetahui wakil parlimen mereka adalah pengikut Ibrahim Ali dalam hal ini.

Kata mereka, sekurang-kurangnya wajah sebenar Abdul Rahman kini semakin diketahui.

Mereka tidak menuntut kata maaf dari wakil parlimen mereka tapi mengingatinya pada pilihanraya akan datang.

Beberapa pemimpin gereja di sini dan juga di tempat lain di Sabah dikatakan menyebut perkara tersebut dalam doa dan kebaktian mereka dan meminta Tuhan menuntun hati para pemimpin Malaysia supaya tidak menjurus kepada perbuatan yang membawa kepada ketegangan kaum dan agama.

READ MORE HERE



Comments
Loading...