Vote to ensure a better Malaysia (IN ALL LANGUAGES)


pamplet

Press statement of Group of Concerned Citizens on the General Election
 
We are a group of Malaysians from diverse ethnicities, religions and backgrounds including military, academic, business, professional and the not-for-profit sector. We have been drawn together by our love for our country and our concern that this general election may see further setbacks in our aspiration for a better society.

Malaysians need a better government and good governance, especially in these tumultuous times of heightened racial discord and religious hatred and extremism. 
 
If we succeed, we can be a modest example for the rest of the world in the way we tackle our racial and religious differences and in our resolve and actions to ensure social justice and the fair distribution of the wealth of our land. 
 
Past governments and politicians have too often failed us by abusing the public treasury for private gain, by concentrating wealth and power in the hands of a few, and by debasing our democratic rights. For some years now, we have been one of the top countries in the world in terms of illicit outflows of money. According to Global Financial Integrity, the total 10-year estimate of financial outflow for Malaysia was RM871.4 billion for 2000-2010. No country in the world can afford such a high level of capital flight.  
 
The coming elections provides us an opportunity to exercise our individual and collective right to decide on who will lead this country in the next five years and manage our finances, economy and society in a fair and just manner. If we choose badly we will have only ourselves to blame.

click on picture to enlarge

click on picture to enlarge

Tamil version below is translated by Sathia: 

http://i893.photobucket.com/albums/ac131/admin-s/MT1/Tamil.jpg 

We wish to share with voters in this election pamphlet, which is being disseminated throughout the country, our concerns as well as our position on the principles and values that can propel our country towards that better society that we seek and which all Malaysians deserve and can be proud of. We believe that most Malaysians share not only these concerns but also our expectations of the high moral and ethical standards from the parties and politicians that will soon come into power.   
 
We hope that this election message – a non-partisan one – will be etched in the minds and memories of those who will shortly take political office as well as of all voters so that the promise of moral and good governance is in the forefront of national priority, not just during the election campaign period and particularly on election day but every day during the next four or five years.  
 
Other citizens and civil society organisations wishing to endorse this or a similar message are free to adopt or adapt it, and disseminate in their own names.

Civil society leaders endorsing this message:

Ahmad Farouk Musa
Arshad Raji
Azmi Sharom
K J John
Koon Yew Yin
Lim Teck Ghee
Masjaliza Hamzah
Raja Petra Kamarudin 
Ramon Navaratnam 
Syed Ibrahim Syed Noh
Thasleem Mohamed Ibrahim
S Thayaparan
Zaid Ibrahim

****************************************************************

Kenyataan akhbar oleh kumpulan warga prihatin tentang pilihan raya umum
 
Kami adalah sekumpulan rakyat Malaysia berbilang kaum dan pelbagai agama serta mempunyai latarbelakang yang berbeza-beza termasuk dari bidang akademik, perniagaan, profesional, tentera dan sukarelawan. Kami tergerak hati untuk berkongsi rasa bimbang kami terhadap kesan negatif ke atas masyarakat kita akibat daripada perjalanan pilihan raya umum kali ini.

Kami menyuarakan keprihatinan kami atas dasar cintakan negara beserta keinginan untuk melihat masyarakat majmuk kita terus melangkah maju ke depan.

Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang lebih baik dibentuk dan tadbir urus yang lebih cekap diwujudkan, lebih-lebih lagi pada ketika ini tatkala pertelagahan kaum dan kebencian agama sedang memuncak serta gejala ekstremisme kian menular.
 
Sekiranya negara kita berjaya mengharungi saat-saat genting masa kini, kami yakin Malaysia boleh menjadi contoh bagi seluruh dunia dalam menunjukkan cara kita menangani jurang perbezaan kaum dan agama. Negara-negara asing akan berminat untuk meneladani keupayaan kita menegakkan keadilan sosial dan mengagihkan kekayaan sumber alam dengan saksama meskipun Malaysia terdiri daripada banyak kaum-kaum yang berlainan dengan tuntutan masing-masing.
 
Sudah terlalu kerap kita dikecewakan oleh kerajaan yang dipilih diri kita sendiri. Yang paling dikesali ialah bagaimana ahli-ahli politikus – yang kita undi – telah membelakangkan amanah yang diberikan pemilih kepada mereka hanya untuk mengisi tembolok dengan mencedok daripada peti perbendaharaan awam. Kuasa dan kekayaan ditumpukan di tangan sekerat sahaja golongan pemerintah, dan hak demokrasi rakyat dilunturkan angkara sindrom kadok naik junjung di persada politik. 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia sering menduduki tangga teratas di kalangan negara-negara yang mengalami kerugian paling tinggi gara-gara aliran keluar wang haram. Menurut badan Integriti Kewangan Global, aliran keluar wang haram dianggarkan berjumlah sebanyak RM871.4 bilion menjangkaui tempoh 10 tahun lepas (2000-2010). Tahap kehilangan modal yang begitu menirus tidak dapat tidak akan membawa padah. 

Pilihan raya akan datang memberi peluang untuk kita mengerjakan tanggungjawab dalam memutuskan siapa yang layak memimpin negara. Ianya hak individu dan kolektif kita untuk menentukan supaya mereka-mereka yang terpilih mempunyai kebolehan untuk mengurus kewangan, ekonomi dan politik negara dengan adil dan saksama. Jikalau kita membuat pilihan yang kurang wajar, jangan pula kita hendak menyalahkan orang lain nanti.

Pesanan ringkas (di bawah) sudah dicetak dan akan kami edarkan ke seluruh pelosok negara. Ia bertujuan memperincikan pendirian kami tentang isu-isu semasa – kami percaya bahawa pegangan yang utuh kepada prinsip dan nilai-nilai murni akan mampu menyekutukan masyarakat kita supaya bertambah mutu.

Moga-moga para calon yang berjaya dilantik akan memenuhi harapan kita semua agar wakil rakyat itu yang terpilih nanti merupakan insan berakhlak tinggi dan yang berwibawa.

Kami berharap pesanan pilihan raya di atas – yang bersifat neutral – akan boleh dihayati oleh kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat dan parti-parti lain yang bertanding PRU13. Adakah anda menjangka bahawa para politikus akan mengotakan kata-kata serta menunaikan janji-janji mereka pada hari depan? Sebagai pemilih, bukankah kita mengkehendaki calon itu yang kita pangkah pada hari mengundi supaya beringat sepanjang waktu dan bukan hanya sekadar tempoh musim kempen pilihanraya?
 
Sesiapa yang berminat untuk menyokong pesanan kami – sama ada sebagai orang perseorangan atau di bawah payung organisasi-organisasi masyarakat madani – adalah digalakkan untuk mencetak (printout) dan menyebarkan mesej kami dengan bebas dan tanpa apa-apa syarat. 

 



Comments
Loading...