Bekas MB S’gor, Muhd Taib sah masuk PAS


Muhammad berkata, hasrat untuk menyertai PAS timbul sejak tahun lalu apabila melihat hanya parti itu sahaja yang mampu membangunkan negara berteraskan agama Islam.

Jamilah Kamarudin, FMT

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini secara rasminya menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS di sini.Muhammad dalam sidang media berkata, tujuan beliau menyertai PAS dua hari selepas penamaan calon kerana mahu mengelakkan daripada timbulnya spekulasi beliau mahu bertanding semula kerusi pilihan raya umum (PRU).

“Saya bersetuju (serah borang) diadakan dua hari selepas penamaan calon bagi mengelakkan tohmahan nak jadi calon.

“Saya tak berhajat sama sekali nak jadi calon dan tak berhajat nak pegang apa-apa jawatan, saya cuma nak beri sokongan kepada PAS,” katanya.yang turut dikenali sebagai Mat Taib dan Mike Tyson.

Muhammad berkata, hasrat untuk menyertai PAS timbul sejak tahun lalu apabila melihat hanya parti itu sahaja yang mampu membangunkan negara berteraskan agama Islam.

“Memang benar negara (Malaysia) maju, memang benar negeri (Selangor) maju tapi saya fikir sekarang sampai masanya satu perubahan mesti dilakukan supaya setiap pembangunan yang dinamik mesti ada roh,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...