Melayu Mahukan Perubahan


DARI SERONOK JADI MARAH

Sudah tentu tajuk di atas menggembirakan pihak yang menyokong pembangkang. Keseronokan ini akan berubah apabila dikatakan majoriti orang Melayu yang mahukan perubahan ialah  mereka yang tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Marah pula nampaknya yang tadi kelihatan seronok.

PERUBAHAN YANG BERLAKU

Perubahan yang dikehendaki oleh orang-orang Melayu, malahan yang bukan Melayu juga, bermula setelah kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke 11 pada tahun 2004. Prestasi kerajaan sejak kemenangan itu begitu meleset sehingga pengundi, termasuk ahli-ahli UMNO menunjukkan protes mereka menyebabkan kemelesetan prestasi BN dalam PRU ke 12 pada tahun 2008 apabila BN kalah di lima buah negeri dan banyak kerusi Parlimen dalam Wilayah Persekutuan dimenangi oleh pembangkang.

Sekitar setahun setelah memenangi dengan tipis PRU ke 12 ahli-ahli UMNO telah menyedarkan pemimpin tertinggi parti bahawa negara memerlukan perubahan di peringkat pucuk pimpinan kerajaan pusat. Maka berubahlah pucuk pimpinan kerajaan dengan bergantinya Perdana Menteri.

ALASAN MELESET PRESTASI

Penganalisa pihak dalaman parti UMNO mengetahui bahawa perubahan yang berlaku dalam PRU ke 12 ialah atas kehendak orang-orang Melayu sendiri, kerana melesetnya prestasi kerajaan. Pihak penganalisa yang pro Pakatan Rakyat pula ingin percaya bahawa pengundi menyokong dan menyetujui dengan program mereka, walau pun pemimpin mereka mengetahui sebab yang sebenarnya.

PERINGKAT AWAL PERUBAHAN

Di peringkat awal kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib kelihatan seolah-olah programnya adalah tindakbalas ke atas janji-janji PR. Ejen-ejen PR telah berjaya menanamkan bibit sebab kegagalan dalam PRU ke 12 sebagai berpunca dari Dasar Ekonomi Baru. Bibit ini telah bermula subur apabila Model Ekonomi Baru diperkenalkan sebagai alternatif dan bukan lanjutan kepada hasrat dan cita-cita DEB. Lebih-lebih lagi apabila timbul dakwaan bahawa ada di antara ahli penggubal MEB ini tidak fasih di dalam Bahasa Melayu.

Oleh kerana perasaan takut banyak pemimpin Melayu, dari berbagai sektor, atas kemungkinan terkorbannya kepentingan Melayu dalam pembangunan negara maka rata-rata kita merasa gelisah sehingga NGO-NGO Melayu telah bersatu untuk menubuhkan MPM atau Majlis Perundingan Melayu. Oleh kerana MPM merupakan NGO yang non-politik maka PERKASA di bawah pimpinan aktivis Dato’ Ibrahim Ali telah bergerak dengan agenda politik pro-Melayu yang jelas dan lantang. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan PENAWAR ( dulu Pakku ) juga telah mengadakan kongres, konvensyen dan seminar untuk meleraikan kegelisahan yang timbul di hati para peserta. 

BERWAWASAN, TERSENDIRI DAN ORIGINAL

Setelah beberapa bulan berlalu jelas kelihatan, dengan terserlah, bahwa program kerajaan BN di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib adalah berwawasan, tersendiri dan original.

Begitu berkesan kegiatan Perdana Menteri sehingga seorang penulis chauvinis bernama Kee Thuan Chye telah mencetak buku keduanya yang bertajuk ‘Ask for No Bullshit, Get Some More!’. Buku pertamanya ialah ‘No More Bullshit, Please, We’re Malaysian’. Bagi beliau menolong Melayu untuk mengimbangi dengan bukan Melayu dalam bidang ekonomi ialah ‘Bullshit’ dan kerajaan kini nampaknya telah menghidupkan semula semangat DEB dengan pendekatan yang baru.

Yang paling ditakuti oleh pengarang yang merasa dirinya terpandai ialah sokongan Melayu yang sudah kembali kepada kerajaan.

SIKAP GOLONGAN SINIS

Rancangan BR1M adalah sesuatu yang sangat berkesan bagi masyarakat yang memerlukan. Bagi mereka yang lumayan pendapatannya pemberian kerajaan ini dianggap tidak betul, tetapi mereka ambil juga duit itu.

Pemberian wang tunai adalah relevan dan ianya lebih relevan bagi orang berpendapatan rendah dari membina jalan baru, kerana dengan wang tersebut seseorang itu boleh membeli apa yang diperlukan dan diminati, dikehendaki atau diperlukan.

Di waktu saya kecil di bangku sekolah rendah saya sering ke Pulau Pinang untuk beristirehat di rumah keluarga saya yang agak berada di musim cuti sekolah. Setiap kali saya ke Penang saya dibawa ke kedai kasut Bata di tepi Farmasi Tong Aik di Penang Road untuk membeli kasut kulit kerana emak saudara saya memikirkan saya perlu hidup lebih mewah dan belajar pakai kasut kulit.

Bila saya balik ke Yan kasut itu saya jual kerana saya lebih selesa dengan kasut getah dan kasut kulit pula tidak pernah dipakai oleh kanak-kanak sekolah.

Jika emak saudara saya memberi RM30-00 kepada saya ianya pasti lebih berharga daripada kasut kulit RM85-00 kerana saya boleh beli apa yang saya perlukan dengan RM30-00 seperti pensil dan kasut getah. Inilah BR1M bagi saya.

Baru-baru ini saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan rapat saya menyatakan seorang pemandu teksi, yang teksinya dinaiki beliau, telah mengatakan bahawa semua pemberian lesen oleh kerajaan kepada pemandu teksi ialah disebabkan adanya tokoh pembangkang. Mereka lupa bahawa di waktu ketua pembangkang menjadi Menteri Kewangan beliau tidak pernah terfikir untuk memberi bantuan sebegini.

JANJI

Negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat pula jelas tidak mampu melaksanakan janji-janji yang mereka ketengahkan dalam pilihanraya. Protes ke atas kerajaan negeri Kedah (dengan balaknya), Pulau Pinang (dengan perumahannya), Selangor (dengan airnya) dan Kelantan (dengan tanahnya) datangnya dari rakyat negeri itu sendiri termasuk ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak lagi mempercayai janji-janji pemimpin mereka.

Slogan ‘ Janji Ditepati ‘ yang diketengahkan oleh BN adalah garis pemisah antara BN dan Pakatan Rakyat yang memungkiri janji

PAKATAN YANG TIDAK SEPAKAT

Oleh kerana Pakatan Rakyat hanya satu pakatan, seperti kanak-kanak sekolah berpakat, dan tanpa janji dalam dasar yang konkrit, maka perubahan dasar berlaku dalam parti yang kononnya sepakatan tetapi sebenarnya berdiri sendiri. Pendirian yang jelas hanya pada DAP sebagai pembangkang, walau pun pemimpin mereka berkelahi sesama sendiri. PAS pula terpaksa tunduk kepada tekanan DAP bukan saja sampai mengambil tindakan yang memalu dan memesongkan, kerana terpaksa merubah dasar dari matlamat mewujudkan sebuah negara Islam kepada mewujudkan sebuah negara kebajikan tetapi terpaksa akur kepada DAP sehingga membolehkan penggunaan nama Allah untuk semua ugama walau pun bertentangan dengan pendirian Dewan Ulamanya sendiri.

Sudah tentu apabila pemimpin PAS terpaksa merobah pendirian pihak DAP mengetahui bahawa kompromi ini boleh diterima kerana jika impian mereka untuk memerintah berhasil maka Kabinet Pakatan Rakyat akan membolehkan penggunaan nama Allah oleh semua ugama kerana Dewan Ulama tidak ada dalam kabinet yang membuat keputusan itu. Pada waktu itu sebarang protes oleh Dewan Ulama tidak berguna lagi kerana kuasa yang sudah diperolehi sudah memperkuatkan pendirian ‘kafir kharbi’ itu dan boleh bertahan sehingga PRU ke 14. Pada waktu itu semuanya sudah terlambat.

Antara perubahan yang dijangka berlaku ialah di Kelantan. Di bawah ini diperturunkan sebuah karangan oleh bekas Timbalan Menteri yang pernah menjadi Setiausaha Khas kepada Tun Abdul Razak. Beliau adalah seorang tokoh yang perndapatnya perlu diberi perhatian. Beliau ialah Tan Sri Abdullah Ahmad dan karangan ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada 6 Februari, 2013. Begini huraiannya:

 


Comments
Loading...