TPM dakwa pembangkang rancang wujud porak peranda pada PRU13…!!! Sendiri pecah lobang untuk gagalkan PRU13….????


http://3.bp.blogspot.com/-BPIaAWVV8z8/UUEOWqgxJVI/AAAAAAABL78/AzSuynA5WLA/s280/63218_10151335831317894_1064485921_n.jpg 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hari ini bahawa daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.  

wargamarhaen   


“Macam (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat.  

“Bila dia menang, dia tak pernah kata SPR tipu rakyat, tapi bila nak kalah, nampak-nampak nak tumbang dan impian untuk jadi perdana menteri tak akan menjadi, maka dia dah mula buat telahan,” katanya ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru.
    
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar.
   
Muhyiddin percaya kenyataan itu dibuat pihak pembangkang kerana sedar bahawa mereka tidak mampu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. 
   
“Saya berikan ini sebagai satu peringatan kepada kawan-kawan dalam Barisan Nasional, inilah yang akan kita akan hadapi, tapi saya yakin atas semangat kita yang kuat dan kerja keras yang kita lakukan kita akan dapat atasinya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen itu dalam pilihan raya umum akan datang. 

“Tidak kira siapa.. calon hitam, putih, biru kita akan pilih sahaja… dan saya pergi ke tempat-tempat lain… gelombang biru menandakan sikongan rakyat sudah mula meningkat,” katanya.

Read more at: http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/03/tpm-dakwa-pembangkang-rancang-wujud.html?m=1 

 



Comments
Loading...