Wan Azizah tidak bertanding PRU13


Perkara ini disahkan oleh Timbalannya, Azmin Ali walaupun mengakui wujud permintaan dan sokongan penuh akar umbi dan pimpinan tertinggi parti yang mahu Wan Azizah bertanding semula.

Jamilah Kamarudin, FMT

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tetap dengan keputusan untuk tidak bertanding dalam mana-mana kerusi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Perkara ini disahkan oleh Timbalannya, Azmin Ali walaupun mengakui wujud permintaan dan sokongan penuh akar umbi dan pimpinan tertinggi parti yang mahu Wan Azizah bertanding semula.

“Beliau dah buat keputusan. Terpulang kepada tuan empunya badan. Kita tak boleh nak paksa,” katanya.

Berikutan itu, menurut Azmin nama Wan Azizah tidak disenarai sebagai calon PRU 13 dan menghormati hasrat bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu yang mahu fokus kepada tanggungjawab sebagai Presiden parti.

“Jawatankuasa PKR Pusat akur dengan keputusan itu,” katanya.

Wan Azizah yang juga bekas ketua pembangkang pertama kali terjun bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh pada tahun 1999 dan berjaya mempertahankannya selama tiga penggal berturut-turut.

Beliau kemudiannya melepaskan kerusi itu bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan pembangkang di Parlimen dan juga dalam arena politik negara untuk menentang Barisan Nasional (BN).

Tindakan itu menyebabkan beliau dilarang daripada bertanding semula di kerusi parlimen, namun tidak menyekatnya daripada bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...