Selangor siar maklumat bekalan air mulai esok


http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/01/bannerair.jpg 

Pejabat Menteri Besar Selangor 

Kerajaan Selangor akan menyiarkan maklumat terkini khususnya yang melibatkan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan negeri untuk membantu memulihkan bekalan air di Lembah Klang di beberapa akhbar utama pelbagai bahasa bermula esok.

Maklumat yang disiarkan itu adalah hasil pemantauan dan pertemuan harian Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), pihak berkuasa tempatan di Selangor dan pihak-pihak lain yang terlibat.

Maklumat ini bagi membolehkan orang ramai terutamanya di Lembah Klang mengetahui perkembangan terkini melibatkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Selangor untuk memulihkan bekalan air kepada lebih 28,000 pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur yang terjejas sejak awal tahun ini.

Langkah menyiarkan maklumat di akhbar ini untuk memastikan semua pihak yang terlibat bekerjasama dalam memastikan bekalan air kembali pulih demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat yang menderita akibat kegagalan pihak tertentu melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

 



Comments
Loading...