Kalimah Allah: Guan Eng timbul ‘Kristianofobia’


Fathul Bari Mat Jahaya mendakwa kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya menimbulkan perasaan takut umat Islam terhadap agama Kristian sekaligus mengugat keharmonian beragama di negara ini

Fazy Sahir, FMT

Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Alalh dalam Bible versi Bahasa Melayu hanya mahu menimbulkan perasaan ‘Kristianofobia’.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya mendakwa kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu  hanya menimbulkan perasaan takut umat Islam terhadap agama Kristian sekaligus mengugat keharmonian beragama di negara ini.

Fathul turut mempersoalkan kredibiliti Guan Eng yang dilihat tampil ke depan untuk menyatakan pendiriannya mengenai hal tersebut.

“Kenyataan Guan Eng hanya menimbulkan Kristianofobia. Beliau perlu tahu 61 peratus rakyat di negara ini beragama Islam. Islam agama majoriti.

“Sedangkan di Vatican City juga tidak pernah menggunakan kalimah Allah. Maka saya tanya Guan Eng berapa kali beliau (Guan Eng) sebut kalimah Allah?

“Jika beliau tidak jadikan ia sebagai sebutan (Allah) sebagai kebiasaan,mengapa beliau harus ke depan?,” oal beliau dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Umno Selangor hari ini.

Fathul Bari  mendakwa isu kalimah Allah ini juga sekadar strategi politik pihak pembangkang untuk meraih undi 9.2 peratus warga Kristian di negara ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Muzakarah amanat Hadi

Sementara itu, Fathul Bari turut mencadangkan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bermuzakarah untuk membentangkan kewajaran sama ada amanat beliau itu diteruskan atau ditarik balik.

“Amanat Hadi ini memberi implikasi besar dan ianya negatif sehingga membawa kepada perpecahan umat Islam.

“Hasil dan kesan amanat ini menonjolkan sikap kafir mengkafir. Sebagai contoh wujud situasi di mana pernikahan dengan orang Umno tidak sah. Ziarah jenazah orang Umno tidak sah. Malah pimpinan PAS  tahu hal ni,” katanya.

Amanat itu didakwa dibuat oleh Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kuala Terengganu pada tahun 1981.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...