Gerakan ‘Pecat Faekah’ didalangi anggota PKR?


Faekah harus dikekalkan pada jawatanya walaupun wujud desas-desus dan rasa tidak puas hati oleh pihak lawan mahupun rakan-rakan sendiri, kata wakil PKR Selangor.

(FMT) – PKR Selangor tidak menolak kemungkinan bahawa gerakan menggesa pemecatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin didalangi pihak dalaman parti itu sendiri.

Tiga anggota parti itu yang mengadakan sidang media di sini petang ini mendakwa wujud usaha tersebut dan mahu Faekah dikekalkan pada posisinya.

Jurucakap Mohd Naquib Carmeil Roseli berkata, Faekah harus dikekalkan pada jawatanya walaupun wujud desas-desus dan rasa tidak puas hati oleh pihak lawan mahupun rakan-rakan sendiri.

Ketika diasak soalan pemberita berhubung dakwaan ada kaitan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali dengan gerakan tersebut Mohd Naquib sebaliknya berkata, tidak ada bukti kukuh mengenainya.

Ketiga-tiga mereka yang hadir atas kapasiti individu berkata mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan Azmin mahupun mana- mana ahli politik lain.

Azmin Ali semalam dilaporkan enggan mengulas dakwaan mengaitkan beliau dengan gerakan tersebut.

Beliau sebaliknya berkata tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut, malah tidak bersetuju serangan secara terbuka terhadap Faekah.

Satu gerakan atau kempen melalui laman sosial Twitter dengan hashtag menggunakan #kamisayangPKR #Pecat Faekah dilihat memainkan peranan untuk memberi tekanan kepada Faekah untuk berundur diri dari posisinya.

 



Comments
Loading...