Antara Sumbang Mahram dan LGBT


http://www.medindia.net/news/featured-news/incest.jpg 

Agak menghairankan kenapa mereka yang memberi begitu banyak tumpuan kepada isu LGBT yang diamalkan oleh mereka yang dengan sukarela memilih orientasi seksual sebegitu sedangkan tidak ada langsung perhatian diberi kepada isu sumbang mahram yang rata-ratanya si mangsa adalah mereka yang tidak berdaya menolak apa yang yang dilakukan keatas mereka. 

Stephen Doss

Sepanjang ingatan saya tidak pernah ada kempen besar-besaran, sebesar kempen yang kini dijalankan oleh beberapa bekas pemimpin politik yang kini bernaung dibawahNG O di Malaysia yang bertopengkan agama menyerang kegiatan sumbang mahram sepertimana yang sedang giat dijalankan terhadap mereka yang berorientasi LGBT atau komuniti lesbian, gay, bisexual dan transgender.

Sedangkan isu sumbang mahram ini bukan baru dan merupakan isu yang tidak pernah dibendung dengan berjayanya, punca utamanya ialah kerana isu sumbang mahram ini dianggap sensitif dan merupakan isu yang berlaku dibelakang tabir, mendedahkan isu ini umpama membuka pekung didada sendiri. Atau ibarat mencuci kain kotor keluarga dikhalayak ramai.

Berbeza dengan isu LGBT yang mana ianya merupakan satu fenomena pilihan peribadi mereka yang mengamalkannya, sedangkan mereka yang menjadi mangsa sumbang mahram selalunya adalah mereka yang dipaksa atau tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka.

Sumbang mahram (incest) adalah pencabulan seks yang berlaku dikalangan anggota keluarga di mana perkahwinan sesama sendiri adalah ditegah. Pencabulan seks bermaksud sebarang kegiatan seksual yang tak difahami dan tanpa kerelaan simangsa. Ianya perlakuan seks yang melanggar norma sosial. Ia termasuk mulut-kemaluan, dubur-kemaluan iaitu liwat, kemaluan-kemaluan antara orang dewasa dan kanak-kanak, onani bersama, mendedahkan kemaluan dan mengunakkan kanak-kanak untuk pornografi.

Mengikut pengertian Kamus Dewan perkataan ‘sumbang’ membawa erti ‘tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan dan lain-lain), melanggar adat, tidak sopan’. Perkataan ‘mahram’ pula adalah merupakan variasi kepada perkataan ‘muhrim’ yang membawa erti ‘laki-laki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama Islam’. Dalam pada itu, dari perkataan sumbang juga terdapat beberapa frasa iaitu ‘sumbang balai melintang’ yang bermaksud ‘berzina dengan orang yang tidak boleh dikahwini (pada agama dan adat). ‘Sumbang kadim’ yang bererti ‘berzina dengan keluarga yang rapat’ dan ‘sumbang pati’ juga membawa erti ‘ berzina dengan saudara sendiri’.

Statistik menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja lelaki sering dicabuli di luar kawasan rumah sementara gadis dan kanak-kanak perempuan seringkali dicabuli dalam atau sekitar kawasan rumah. Namun begitu statistik yang didapati berkemungkinan adalah tidak tepat kerana terdapat kemungkinan kes-kes kejadian tidak dilaporkan atas beberapa sebab seperti diancam oleh pelaku, rasa malu kerana pandangan rendah daripada masyarakat sekeliling dan tidak tahu kepada siapa dan bagaimana untuk melaporkan kejadian.

30% dari kes rogol adalah melibatkan perbuatan sumbang mahram dan pelaku yang paling kerap adalah ayah kandung (48%) sementara bapa tiri pula 24.4% dan pelaku pula berumur di antara 18 hingga 65 tahun. Sementara itu mangsa pula adalah merupakan gadis-gadis di antara umur 11 hingga 15 tahun dan mewakili 54.9% daripada mangsa yang terlibat.

Agak menghairankan kenapa mereka yang memberi begitu banyak tumpuan kepada isu LGBT yang diamalkan oleh mereka yang dengan sukarela memilih orientasi seksual sebegitu sedangkan tidak ada langsung perhatian diberi kepada isu sumbang mahram yang rata-ratanya si mangsa adalah mereka yang tidak berdaya menolak apa yang yang dilakukan keatas mereka.

Oleh itu, di sini kita boleh mempersoalkan keikhlasan mereka yang terlibat dalam kempen menentang LGBT, kerana dimana pendirian mereka didalam menyuarakan penentangan mereka kepada isu yang jauh lebih jijik, dan dimana pembelaan untuk mangsa yang tidak dapat pertahankan diri mereka. Maka, tak salah jika ada yang beranggapan mereka yang memperjuangkan isu LGBT ini hanya mempunyai agenda peribadi tertentu.

STEPHEN DOSS
Penganalisa Politik15:58:16



Comments
Loading...