Korupsi di Malaysia canggih, kata Anwar


Ketidak kelihatan korupsi itu kerana Malaysia bekas jajahan Inggeris.

(Free Malaysia Today) – JAKARTA: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa korupsi di Malaysia lebih canggih tetapi tidak kelihatan.

Beliau membandingkan dengan Indonesia yang menurutnya berlaku secara terang-terangan.

“(Di Malaysia) tahap korupsi itu tinggi tapi tidak kelihatan, itu hebatnya kita,” kata pemimpin pembangkang itu  Malaysia itu dalam pidato kebudayaan dengan tema ‘Kepemimpinan dalam Dinamika Perubahan Ekonomi Politik’ di Taman Ismail Marzuki (TIM), Cikini, Jakarta Pusat, semalam.

Menurut Anwar, ketidak kelihatan korupsi itu kerana Malaysia bekas jajahan Inggeris.

“Inggeris ini tahapnya hebat,” tambah Anwar seperti dilapur detiknews.com.

Di Indonesia, kata beliau korupsi dipengaruhi oleh penjajahnya  Belanda.

Belanda dikenal sebagai negara yang keras sehingga  korupsi Indonesia tidak lagi terlihat seperti di Malaysia.

`Atas meja, bawah meja’

“(Di Indonesia) di atas meja di bawah meja jalan,” ujar Anwar yang menyebabkan hadirin tertawa.

Anwar mendakwa, cara korupsi di Indonesia itu tidak dapat diterapkan di Malaysia.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...