Perkasa hina budaya Tionghua
Kamu sebagai Melayu Muslim, adakah budaya, adat resam, pegangan kau sendiri lebih mulia dari budaya lain?? Adakah tetamu mesti ikut syarat kehendak kau?, kenapa masyarakat Tionghua di Malaysia lebih memahami budaya Melayu dari Melayu memahami budaya Tionghua?
By antimamak
Bila isu angpow putih disemarakkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat Tionghua, secara indirect timbul lah ketidak puasaan hati dan sentiment membenci UMNO dan Perkasa dikalangan masyarakat Tionghua di Malaysia.
Demi mengelakkan sentiment perkauman dan penghinaan budaya Cina, maka setiausahanya Syed Hassan Syed Ali mengambil kesempatan untuk menafikan kesilapan mereka. Beliau berkata pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian dan mereka menyangka putih bermakna suci atau ikhlas.
– Persoalannya : Perkasa senantiasa memperjuang Islam dan hak Melayu. Adakah kumpulan Perkasa ini pendatang atau penumpang di tanah air? Kalau Perkasa adalah pendatang tanpa izin, mungkin rakyat boleh maafkan, kenapa memberikan alasan tidak tahu dan menafikan niat memburukkan budaya Cina? Adakah penafian ini membuktikan Perkasa memang pertubuhan racist yang disokong UMNO?
Tambahan pula Syed Hassan Syed Ali menyatakan: “Sebab itu kami tidak tukar kepada warna lain sebab PERKASA tidak tahu sampul warna putih untuk majlis kematian.
– Persoalannya : bukan alasan yang munasabah. Kenapa pula dalam jamuan CNY ini Ibrahim minta dan mohon kaum Tionghua memberikan pertolongan kepada kaum bumiputra dalam bidang ekonomi?? Nampak jelas Ibrahim Ali adalah pengemis dan Perkasa memang menggunakan peluang CNY untuk menyuarakan hasutan keatas masyarakat Tionghua. Adakah Perkasa layak jadi rakyat Malaysia? Adakah ini perjuangan Islam yang menghina budaya lain?? Sengaja atau tidak sengaja memang niat untuk memburukkan imej budaya Tionghua.
“Kalau kami tahu, kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain,” Syed Hassan Syed Ali
– Persoalannya : Kamu sebagai Melayu Muslim, adakah budaya, adat resam, pegangan kau sendiri lebih mulia dari budaya lain?? Adakah tetamu mesti ikut syarat kehendak kau?, kenapa masyarakat Tionghua di Malaysia lebih memahami budaya Melayu dari Melayu memahami budaya Tionghua? Kenapa tidak Nampak dalam jamuan raya puasa tiba-tiba ahli politik bangsa Cina menghadiahkan kain kapan untuk tetamu Melayu? Atau dalam jamuan makan, di atas meja disediakan bak kut teh, dihidangkan daging babi bakar? Adakah Perkasa akan memberi amaran bahawa ahli politik cina ini hina Islam, hina budaya Melayu?
Rakan seperjuangan anda Doctor Tiew Chew Meng (exco member MCA Seputih) selaku Pakar Perubatan Psikologi tidak kah memberitahu anda bahawa budaya Cina tidak boleh dimain-mainkan atau dihina? Rakan seperjuangan MCA memberikan sokongan mampat supaya budaya Cina boleh dihina? Rakan Gerakan tunduk ikut suka hati anda? Penjelasan dan penafian apa pun disuarakan oleh Perkasa, memang tidak memberikan apa-apa manfaat untuk masyarakat Tionghua di Malaysia. Cara yang paling elok dan cara yang paling sempurna masyarakat Tionghua di Malaysia mengambil langkah ABUkan UMNO, ABUkan Perkasa di Pru13 nanti. Sikap degil dan tiada bertamaddun, menghina budaya dan agama bangsa lain patut dihapuskan sama sekali.
Kalau lah Perkasa sebuah pertubuhan yang tidak racist seperti apa yang diperkatakan, kesilapan mengedarkan angpow putih dengan niat sengaja atau tidak sengaja, Perkasa patutlah berlagak sebagai gentleman yang bertanggung jawap atas segala kesilapan, memohon maaf dengan masyarakat Cina Malaysia. Perkasa haruslah memaparkan notice mohon maaf di suratkhabar Cina selama 2 minggu berturut turut.