Banner roadshow Hasan Ali diturunkan


Pengerusi SMU Norman Toha berkata hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh Menteri Besar.

(Free Malaysia Today) – Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang menurunkan 10 banner Roadshow Masa Depan Politik Malaysia yang memaparkan wajah bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.

Roadshow itu yang dijangka diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi didakwa disabotaj oleh ahli Exco kerajaan negeri.

Pengerusi SMU Norman Toha berkata hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh Menteri Besar. Sekatan ini dibuat berpilih- pilih.

“Kalau iklan banner Pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshow anjuran bersama SMU, mereka turunkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...