Felda bergolak menunggu pecah?


Haji Subky Abdul Latif, The Malaysian Insider

Saya penuhi undangan makan seorang simi-vetren Umno. Vetren bermaksud aktivis lama yang bersara. Simi-vetren bererti aktivis lama tidak tua sangat dan sebagai ahli biasa tidak cergas tetapi tidak pula bersara dari politik.

Bersamanya dua orang pegawai penting ibu pejabat Felda. Kedua-duanya teman seperjuangan orang Umno, belum lekang rasa sayangnya pada Umno.

Mereka tidak berkongsi tuntutan dengan ANAK, sebuah NGO peneroka pro-PAS pimpinan Mazlan. Tetapi mengira ada kegiatan ANAK dapat membantu Felda mengatasi kelemahannya.

Saya tidak mengikut sangat masalah Felda tetapi dari keduanya saya difahamkan Felda sedang bergolak dan menunggu masa pecah saja, sejak Tan Sri Isa Samad masuk ke Felda sebagai pengerusi.

Mereka tidak mempersoal perlantikan Isa sebagai orang kuat baru Felda kerana dia adalah proksi kepada Perdana Menteri Najib. Keupayaan Najib menjadikan duit Felda seperti duitnya adalah perkembangan lama sebelum Isa datang ke situ.

Tetapi Isa dikatakan menjadi masalah besar kepada peneroka apabila dia merampas jawatan pengerusi koperasi warga Felda — peneroka dan sekalian pegawai dan kakitangan.

Tiada pengerusi-pengerusi yang lalu, baik terdiri dari orang politik atau pegawai tabdir yang dipinjmakan ke situ, mengusik koperasi itu.

Tetapi Isa merampas jawatan itu ketika pengerusinya, pemimpin utama pentadbiran Felda, bernama Datuk Zulkifli menunaikan ibadat di Mekah. Dia juga diberi cuti dari jawatannya di Felda, dan beberapa pegawai penting di bawah Datuk Zulkifli dipulangkan semula ke PTD.

Walaupun warga Felda ada hak atas Felda tetapi hak kerajaan lebih besar dari hak setiap individu di Felda. Tetapi koperasi adalah hak warga yang menjadi ahlinya dan ia bukan hak Najib dan Isa yang diamanatkan oleh kerajaan untuk menjaga Felda.

Hak untuk menjadi pengerusi koperasi ditentukan oleh lembaga pengarah. Lembaga pengarah pula dipilih mesyuarat ahli-ahlinya. Pengerusi koperasi hanya boleh dilucutkan oleh lembaga pengarah dengan pengesahan suruhanjaya koperasi.

Isa dikatakan menjadi pengerusi yang tidak sah. Sejak dia mengambil alih jawatan itu, dia belum dapat mempengerusikan mesyuaratnya. Suruhanjaya koperasi tidak dapat menyetujui kejadian seperti itu.

Nasib Isa dalam koperasi itu akan ditentukan dalam mesyuarat agung koperasi yang diwakili oleh wakil koperasi Felda dari seluruh negara pada 5 Januari ini. Malah ada perkembangan dalam keluarga Felda untuk membawa perkara ini ke mahkamah.

Maklumat yang saya faham dari mereka, Felda seolah-olah tidak lagi menjadi simpanan tetap Umno dalam pilihan raya yang akan datang. Selama ini ia adalah simpanan tetap Umno, tetapi politik Isa Samad bukan saja memburukkan politik Umno bahkan ia menambah burukkan politik Najib di Felda.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...