Appeal Letter by PLKN Operator to the Prime Minister


Malangnya sehingga ke hari ini, Yayasan Selangor belum menerima sebarang surat tawaran penyambungan kontrak PLKN daripada pihak JLKN atau Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, sedangkan pihak kami tidak pernah gagal dalam menyediakan perkhidmatan yang dikehendaki, termasuk penambah-baikan untuk memenuhi SOC JLKN, dan yang terkini Perhimpunan Alumni PLKN 1Malaysia di  kem kami, Kem PLKN Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru pada 7 November 2011.

YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
 
PENYAMBUNGAN KONTRAK SEBAGAI PENGUSAHA KEM PLKN AMPANG PECAH, KUALA KUBU BAHARU – RAYUAN KETIGA
 
Didoakan semoga YAB Dato’ Sri sentiasa dalam keadaan sihat walafit dan  menerajui Kerajaan Malaysia yang kita kasihi dengan Adil & Bijaksana.
 
2.       Adalah difahamkan bahawa beberapa pengusaha/operator lain telah menerima surat sambungan kontrak PLKN selama setahun sehingga 31 Disember 2012, termasuklah DIA Holdings Sdn. Bhd. yang menyewa Kem Temasya Rimba Templer milik Kerajaan Negeri Selangor, walaupun tempoh sewaan tapak tersebut akan berakhir pada 1 March 2012 akan datang dan belum dibaharui/dilanjutkan,

sedangkan Kem PL Ampang Pecah adalah milik YS sepenuhnya.
 
3.       Malangnya sehingga ke hari ini, Yayasan Selangor belum menerima sebarang surat tawaran penyambungan kontrak PLKN daripada pihak JLKN atau Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, sedangkan pihak kami tidak pernah gagal dalam menyediakan perkhidmatan yang dikehendaki, termasuk penambah-baikan untuk memenuhi SOC JLKN, dan yang terkini Perhimpunan Alumni PLKN 1Malaysia di  kem kami, Kem PLKN Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru pada 7 November 2011.
 
4.       Selaku pemilik Kem PLKN Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu, Yayasan Selangor telah membuat penambah-baikan kemudahan di kem tersebut dan membelanjakan banyak wang ringgit untuk keselesaan pelatih dan Pegawai/Jurulatih/Kakitangan JLKN, antaranya:
 
4.1     Pagar sempadan baru antara PLKN dan KBS. Tinggi 5’ Panjang 1,134’-    RM86,840.00

4.2     Generator Set baru – RM120,900.00

4.3     Naik taraf 2 bilik air jadikan bilik rehat Jurulatih – RM286,265.00

4.4     Naiktaraf surau – RM329,690.00

4.5     Bangunan baru Stor Lojistik – RM443,028.00

4.6     Bangunan baru pusat rawatan – RM356,371.00

4.7     Pasang jubin bilik air, bilik kuliah dan turap semula padang kawad -RM489,584.00

4.8     Naiktaraf 2 gelanggang sepaktakraw dan gelanggang bolatampar – RM234,191.00

4.9     Bina kolam aktiviti air – RM1,700,000.00
         
JUMLAH -RM4,046,869.00 
 
5.       Sayugia dimaklumkan bahawa Yayasan Selangor telah menjadi operator PLKN sejak tahun 2004 dan Majlis Pelancaran Kursus PLKN Seluruh Negara juga telah dilaksanakan di Kem PLKN Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu pada tahun 16 Februari 2004 oleh YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia, yang turut dihadiri oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia ketika itu.

6.       Untuk makluman pihak YAB Dato’ Sri, sekiranya kontrak PLKN Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu tidak disambung, kedudukan pekerja dan kontraktor yang berkhidmat dengan kem PLKN ini sudah tentu akan terjejas, antaranya: 
 
6.1     24 Kakitangan Kem (senarai dilampirkan)
6.2     Kontraktor Penyedia Makanan/Caterer Kem PLKN
6.3     Kontraktor Pembersihan Kem PLKN
6.4     Kontraktor Dobi
6.5     Kontraktor Pembersihan Hygine (Tuala Wanita)
 
7.       Untuk makluman YAB Dato’ Sri juga, Yayasan Selangor adalah “a non-profit organization”, dan semua lebihan pendapatan digunakan untuk menawarkan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari luar bandar tanpa mengira kaum dan ideologi politik. Sejak 40 tahun lalu, Yayasan Selangor menjadi tempat bergantung lebih 40,000 orang pelajar miskin dan miskin tegar di seluruh Selangor

 
8.       Sayugia diingatkan bahawa Yayasan Selangor adalah milik Rakyat Selangor dan tidak sewajarnya dihukum akibat percaturan politik kepartian di mana majoriti daripada penerima bantuan pendidikan adalah orang Melayu-Islam.
 
9.       Ketidakadilan ini pasti membuatkan akan membuatkan rakyat lebih benci dengan pemerintah di Putrajaya kini dan tidak mustahil “kebencian rakyat” pasti akan diterjemahkan dalam PRU13 dengan mengekalkan kerajaan di Selangor kini.

10.     Segala usaha YAB Dato’ Sri untuk merebut kembali Selangor akan pasti gagal disebabkan sikap tidak matang dalam membuat keputusan dalam kes penyambungan Kem PLKN di Kuala Kubu Bharu ini.
 
11.       Sehubungan itu, Yayasan Selangor ingin merayu supaya kontrak Kem PLKN Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu dapat disambung semula sepertimana pengusaha-pengusaha lain  supaya persiapan terakhir di sempurnakan menanti kumpulan pertama sesi 2012.
 
12.     Pertimbangan, kebijaksanaan dan sokongan YAB Dato’ Sri sangat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
 Sekian dan salam hormat.
 
As Salaam,
 
RAJA AMIR SHAH RAJA ABD AZIZ
Timbalan Pengurus Besar

 



Comments
Loading...