Johari tak ikhlas pertahan Anwar isu video seks


(Berita Harian) – Hanya empat hari selepas mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pelaku dalam rakaman video seks yang ditayangkan ‘Datuk T’, pada Mac lalu, semalam terbongkar pula video yang merakamkan aksi Datuk Johari Abdul ketika menonton video kontroversi itu.

Rakaman dalam sebuah bilik pada 21 Mac lalu itu menunjukkan Ahli Parlimen Sungai Petani berkenaan bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuaib Lazim menyaksikan video itu. Ketika melihat aksi rakaman itu Johari kedengaran berkata: “Bukan kerana Anwar, tapi kerana dosa itu,” disambut dengan ketawa Datuk T.

Rakaman selama satu minit 58 saat yang disebarkan semalam itu bagaimanapun mendedahkan pendirian Johari yang tidak tetap.

Jumaat lalu, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempertahankan Anwar bukan pelaku dalam rakaman video seks yang ditayangkan tiga bulan lalu sambil berkata ada seribu kemungkinan mengenai identiti individu terbabit

 



Comments
Loading...