Pakai T-shirt Bersih ditangkap – KDN belilah mesin pengimbas, periksa seluar dalam sekali


 

Aspan Alias

Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan talipon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini. Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik. Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.

Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya. Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.

Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai. Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9hb Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. DAN sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang ‘autocratic’ yang tidak ada batasnya.

Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain.

Presiden Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu.

Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator?

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...