Datuk ‘T’ bakal didakwa Jumaat ini


 

Perkara itu disahkan oleh salah seorang trio iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dihubungi FMT sebentar tadi.

(Free Malaysia Today) – Kumpulan trio ‘Datuk T’ akan didakwa atas pendedahan mengenai klip video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Jun ini.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang trio iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dihubungi FMT sebentar tadi.

Dua lagi tokoh terbabit ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

Menurut Eskay, beliau hanya menerima satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengatakan beliau akan didakwa, namun enggan mengulas lanjut berhubung SMS tersebut.

Sebelum ini FMT menerima maklumat bahawa Datuk ‘T” akan didakwa di mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 24 Jun ini jam 8 pagi.

“Ya saya ada terima SMS bahawa kami akan didakwa kerana mendedahkan klip video seks tersebut. Petang ini saya akan berbincang lanjut bersama Shuib dan Thamby Chik mengenai hal ini.

“Jika kami didakwa kami akan hadir bertiga tanpa diwakili peguam. Namun apa-apa perkembangan lanjut akan diketahui petang ini,” katanya kepada FMT.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...