Perkasa: KJ juga perlu disiasat bawah ISA


 

Menurut Irwan, tindakan itu wajar memandangkan Khairy turut melibatkan diri dalam pertembungan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

(Free Malaysia Today) – Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Irwan Fahmi Ideris mengecam saranan Khairy Jamaluddin agar Presidennya Datuk Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan, sambil menyifatkan tindakan sama perlu dikenakan ke atas Ketua Pemuda Umno itu.

Menurut Irwan tindakan itu wajar memandangkan Khairy turut melibatkan diri dalam pertembungan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

“Jika Khairy menyarankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya beliau juga perlu disiasat di bawah ISA kerana mahu melibatkan diri dalam himpunan Bersih.

“Khairy bukan hakim mahupun Ketua Polis Negara yang perlu mengajar polis dan pihak berkuasa kerana mereka tahu kerja mereka. Sama ada Presiden Perkasa perlu disiasat oleh polis kerana dikatakan menghasut, terserah pada polis,” katanya kepada FMT.

Sambil menyifatkan kenyataan Ibrahim  diputar belit oleh sebuah portal berita, Irwan mahu melihat berapa ramai pemuda Umno mampu dikumpulkan Khairy.

“Wira Perkasa nak tengok berapa ramai pemuda Umno di bawah Khairy dapat dikumpulkan pada 9 Julai ini,” katanya seperti menyindir.

Tidak hormat Khairy

“Pemuda MCA pun tak hormat pada Khairy yang merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), sebab itu pemuda MCA menolak untuk turut serta pada 9 Julai. Sepatutnya sebagai Ketua Pemuda BN, Khairy perlu menunjukkan ketegasan dan pendirian kerana beliau menang pilihan raya atas tiket Umno-BN,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...