Blogger Menyaman Bekas Menteri Pak Lah


Setelah merujuk peguam dan menerima maklumbalas dari pelbagai pihak, jurublog ini dalam proses menyediakan saman terhadap TS Syed Hamid Albar atas kebiadaban beliau melabel jurublog sebagai pemfitnah dan pembohong.

Teman jurublog lain ramai tidak setuju akan tindakan ini atas dasar prinsip. Malangnya, saya memikul memikul beban lebih berat, bukan sahaja sebagai jurublog, tetapi Presiden MAYC dan Timbalan Presiden Pro-tempora Blogger for Malaysia.

Peguam saya melarang dari saya memberi apa-apa ‘hint’ pun pada pihak TS Syed Hamid Albar, tetapi bukan lumrah jurublog ini untuk sembunyi dan tembak curi. TS telah memberi pelbagai andaian yang ada laporan polis dibuat terhadap jurublog dan sebagainya, tetapi pihak polis tidak pernah pun menahan jurublog atas apa-apa tuduhan yang dapat mengesahkan pernyataan beliau. Pelik memandangkan beliau bekas peguam dan Menteri Dalam Negeri.

Saya mengakhiri dengan beberapa hujah menangkis alasan lain yang diajukan akan kenapa saya tak patut menyaman TS Syed Hamid Albar:

  1. Beliau seorang bekas Menteri BN yang harus dihormati, disegani dan banyak berjasa? Saya tidak setuju yang ini melepaskan beliau dari segala dosa, kalaupun benar beliau seorang Menteri yang banyak berjasa! TS Syed Hamid Albar sebenarnya membuktikan beliau seorang Menteri yang lembap pada zaman Pak Lah, yakni sejurus terlepasnya dari pimpinan Tun Dr M. Beliau terlibat dalam kes terbatalnya Jambatan Bengkok, kes jual-beli pasir kepada Singapura, kes hilangnya Pulau Batu Putih, dan paling parah sekali, beliau menyalah-gunakan ISA dengan memenjarakan seorang wartawan, kononnya untuk ‘menyelamatkan’ wartawan tersebut! Malah boleh dikatakan tindak-tanduk dan celarunya TS Syed Hamid merupakan antara penyumbang terbesar kepada merudumnya prestasi BN di PRU12.
  2. TS Syed Hamid perlu dijaga namanya kerana beliau memegang tanggungjawab penting sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)? Sebenarnya, di bawah teraju TS Syed Hamid, SPAD hingga kini masih tak dapat bergerak kerana belum dipinda akta seperti diperlukan walaupun sudah berbulan berlalu. Malah dalam debat mempercepatkan pembinaan MRT di Kuala Lumpur, TS Syed Hamid dan SPAD langsung tidak memainkan peranan dalam membuat keputusan! Pada saya ini membuktikan sama ada TS Syed Hamid hanya digulakan kedudukan tidak relevan di SPAD untuk mengubat kekecewaannya apabila perlantikannya ke Pengerusi Tabung Haji ditarik balik atau… TS Syed Hamid tidak ‘perform’ sebagai pengerusi SPAD dan harus ditukar untuk merelevankannya kembali!

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...