RPK Speaks His Mind – Why Self Exile (Part 2) (UPDATED with BM Translation)


{youtube}G3NPsdnCB7w{/youtube}

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=G3NPsdnCB7w

PREVIOUS VIDEOS

PART 1: RPK Speaks His Mind – Anwar’s Sodomy II Trial

{youtube}P3Gc6f5O4Qo{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=P3Gc6f5O4Qo

PART 2: RPK Speaks His Mind – Why Self Exile (Part 1)

{youtube}euJ94_6AiAk{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=euJ94_6AiAk

 

Translated into BM by Jason:

Saya berkata, “Saya akan merayu.”

Hakim menjawab, “Buatlah apa yang awak nak buat. Saya peduli apa.”

Jawapan para hakim menunjukkan mereka memang takkan menjalankan perbicaraan secara adil.

Selepas tu, kami mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan yang lain.

Mahkamah tu setuju, “Ya, awak memang tak boleh dibicarakan dengan hanya dua orang hakim (dalam panel 3 orang hakim). Jadi, mahkamah pertama memang dah melakukan kesalahan.”

Jadi, mahkamah kedua bersetuju bahawa mahkamah pertama telah melakukan kesalahan.

Maka itu bermakna bahawa mahkamah perlu bersidang sekali kali, dan kali ni dengan tiga orang hakim. Mereka perlu mendengar permohonan kami supaya Augustine Paul disingkirkan sebagai hakim (bagi kes itu).

Tapi mereka enggan bersidang. Itu bermakna bahawa sejak itu, iaitu dari Februari hinggalah sekarang, mereka masih enggan bersidang.

Jadi, kenapa mereka enggan bersidang, walhal mahkamah kedua telah membuat keputusan bahawa mereka melakukan kesalahan dan mereka perlu bersidang dengan tiga orang hakim? Mahkamah kedua memutuskan bahawa sidang yang membabitkan hanya dua orang hakim tu adalah tidak sah.

Tapi mereka enggan bersidang. Kami kemudiannya mendapat maklumat bahawa mereka berbuat demikian kerana mereka sebenarnya akan menggunakan strategi baru, iaitu tidak membuat rayuan atas pembebasan saya, dan sebaliknya mengeluarkan arahan penahanan yang baru. Mereka ingin menahan saya di bawah ISA buat kali ketiga berdasarkan pertuduhan-pertuduhan baru.

Ini memang tak adil. Kau cuba tahan aku dan kau gagal. Mahkamah mengisytiharkannya (penahananku) sebagai tidak sah. Kemudian, kau membuat rayuan atas pembebasanku dan kau sekali lagi gagal.

Akhirnya, selepas dah banyak kali gagal, kau memutuskan untuk guna strategi lain pula.

Disebabkan kegagalan mereka menahan saya di bawah ISA, maka bagi arahan penahanan yang baru ni, mereka nak pastikan bahawa kes mereka cukup kukuh. Mereka nak pastikan bahawa saya takkan terlepas lagi.

Hei, kalau aku dah melakukan jenayah… kalau aku adalah ancaman kepada keselamatan negara dan kau ada asas yang kukuh tentangnya, tak kisahlah.

Tapi sekarang ni, kau beria-ia benar nak tahan aku di bawah ISA dan kau mencari cara untuk menahanku. Ni dah jadi kes terbalik.

Jadi, kami pun bermesyuarat dengan keluarga dan kawan-kawan. Pada hari kami sepatutnya menghadirkan diri di mahkamah, para peguam saya berpendapat bahawa saya takkan dibicarakan secara adil.

Yalah, mana taknya, para hakim tak nak dengar pun hujah-hujah kami. Malah kami tak diberikan masa untuk menyampaikan hujah-hujah kami. Hujah-hujah kami ditolak begitu saja.

Maka para peguam saya berpendapat, “Awak takkan menang.”

Ahli keluarga dan rakan-rakan saya berkata kepada saya, “Sekarang ni, awak ada dua pilihan. Pilihan pertama adalah mahkamah, yang mana kita pun tahu bahawa mereka akan menjerat kita dan awak akan dihantar ke Kamunting selama 2… 3… 4… 5 tahun ataupun lebih, bergantung pada keputusan mereka.”

“Dalam keadaan tu, awak terpaksa berjuang dari dalam (sebagai tahanan ISA).”

Saya dah pernah melakukannya (berjuang dari dalam) dan saya sanggup menghadapinya sekali lagi. Dah lebih sekali saya melakukannya.

Pilihan kedua adalah meneruskan perjuangan dalam buangan. Antara dua pilihan tu, yang manakah yang lebih berkesan?

Akhirnya, kami memutuskan bahawa laman web yang aktif perlu terus wujud. Tetapi ini takkan dapat dicapai jika saya meringkuk sebagai tahanan ISA.

Mereka berkata, “Jika kita nak berjaya dalam perjuangan menuntut perubahan ni, awak perlu berada di luar (penjara) dan bukannya di dalam.”

Jadi, isunya adalah usaha mereka untuk menahan saya di bawah ISA.

Selain tu, memanglah saya menghadapi dua lagi pertuduhan (hasutan dan jenayah fitnah).   Saya boleh terus memperjuangkan kes saya melalui perbicaraan bagi dua pertuduhan tu. Tapi bezanya adalah saya akan dibawa ke mahkamah DARI KAMUNTING, dan bukannya dari rumah. Selepas perbicaraan berakhir, saya akan dihantar semula ke Kamunting.

Jadi, adakah saya ingin menghadiri kedua-dua perbicaraan tu bagi membuktikan saya tak bersalah, yang mana ini bererti saya terpaksa berjuang menghadapi pertuduhan tu dari Kamunting?

Atau perlukah saya meninggalkan dahulu kedua-dua perbicaraan tu supaya saya tak ditahan di Kamunting?

Maka sebenarnya, isu ini (saya hidup dalam buangan) tak ada kena-mengena dengan kedua-dua perbicaraan tu. Saya meminta kerajaan memberi jaminan bahawa saya takkan ditahan di bawah ISA, dan tiada arahan penahanan baru yang akan dikeluarkan. Jika jaminan tu diberikan, maka saya sedia menghadapi kedua-dua perbicaraan tu.

Tapi kerajaan enggan memberikan jaminan. Jadi, ada kemungkinan bahawa saya akan ditahan di bawah ISA sejurus selepas saya hadir di mahkamah. Jangan kata saya takut menghadapi perbicaraan. Jika kerajaan memberi jaminan bahawa saya takkan ditahan di bawah ISA, maka saya sedia menghadapi kedua-dua perbicaraan tu. Tapi jangan pula tahan saya di bawah ISA, iaitu ditahan tanpa dibicarakan.

Kalau kau tak boleh jamin bahawa aku takkan ditahan di bawah ISA, maka takkanlah kau nak suruh aku menghadiri perbicaraan?

Mereka selalu mencanangkan bahawa saya takut menghadapi pertuduhan, sedangkan isunya adalah mereka mahu menahan saya di bawah ISA.

Saya tak mahu ditahan tanpa dibicarakan. Ada antara tahanan ISA yang dah 7… 8 tahun ditahan.

Saya ada tugas penting yang perlu dilaksanakan. Kalau saya meringkuk di Kamunting, mana mungkin tugas tu dapat dilakukan.

 



Comments
Loading...