Bagan Pinang – Isa Menang Pertempuran, Siapa yang Bakal Menang Peperangan?


Dr Dzulkefly Ahmad

Benar, Tan Sri Isa Samad menang besar di Bagan Pinang. Semua pihak akur yang Isa memang sukar digugat di Bagan Pinang, bahkan di seluruh kawasan parlimen Telok Kemang, yang beliau adalah Ketua Bahagiannya. Menawan kerusi ini dari Isa, semacam hendak merampas Permatang Pauh dari DS Anwar.

Bukan sahaja pihak lawan, bahkan MB Mohd Hassan dan tidak keterlaluan kalau dikatakan DS Najib, Presiden Umno itu pun tak boleh cabar Isa di situ. Sebab itu hanya dituruti saja kehendak penyokong tegar Isa.

Sebab itu, Umno tidak ada pilihan kecuali untuk meletakkan Isa juga, meskipun disanggah kedua-dua mantan Presiden, Tun dan Timbalannya, Ku Li. Mentelahan, setelah kalah 7-0 dalam p/raya kecil di Semenanjung dan 4-0 di tangan PAS, Umno tekad dan desperat untuk menang, walau dengan apa jua cara pun. Persetankan pengkritik.

Formula mereka mengena. Bahkan mereka untung besar. Pimpinan Umno bersorak dan berkokok sekeliling kampung. Lama mana media akan mainkan belum pasti.

Umno akan berhenti bersorak ketika mereka sedar dari lamunan dodoian bahawa Bagan Pinang, bukan Malaysia. Aduh! Yang menang pun, mengikut ramai pundit politik bukan Umno/BN tetapi Isa Samad!

Justeru pemimpin Umno sedar bahawa Isa tidak boleh dijadikan ikon membaik pulih imej rasuah mereka. Isa juga tidak dapat memenuhi hasrat Najib untuk menjadikan Port Dickson Bandar Tentera Darat. Sebabnya? Orang tempatan lebih mahu menggelarkan PD sebagai Bandar Lalat mengikut satu rencana dalam Kosmo (10 Okt). Sah seperti kempen PR.

Sememang Isa adalah peribadi yang rata-ratanya disenangi banyak pihak. Orangnya mudah bicaranya tidak canggih seperti pemikiranya. Namun Umno sendiri tahu bahawa Isa bukanlah tokoh yang hendak di’ikonisekan’ Umno. Isa adalah sebaliknya dari cita-cita pembaharuan mereka. 22 tahun menjadi MB bukan masa yang singkat. Tapi Isa gagal menjadi mercu-tanda atau lambang kemegahan Umno.

Tidak banyak yang mampu dibariskan Umno bagi memperagakan pencapaiannya. Sebaliknya setiap hari kempen menyaksikan jentera penerangan PAS/PR menyenaraikan kepincangan, ketimpangan dan ketidaksudahan kerja tangan Isa.  Masih banyak yang berbaki yang tidak sempat didedahkan kempen Pakatan.

Samada kegagalan itu akibat rasuah, kronisme atau pendeknya ketidakcekapan kepemimpinannya atau ’Plain Incompetency’ dalam bahasa inggerisnya, dengan izin, pengundi Bagan Pinang tidak peduli samasekali.

Nah, sekarang Najib berdepan dengan dilema besar. Umno dikatakan akan kembali releven kerana kemenangan Isa Samad. Semacam mendapat talian hayat dengan Isa. Umno yang mengambil tindakan disiplin menghukum Isa kerana politik wang atau rasuah, kini terpaksa bersandarkan Isa untuk membenteras imej Rasuah parti Melayu terbesar itu. Ini menyeksa Najib.

READ MORE HERE



Comments
Loading...