Berbuka Puasa di Masjid Al-Ehsan di Bandar Kinrara


Yang Setahun Lalu Menyebabkan Saya Ditahan Di Bawah ISA

Hari ini ialah 12 September 2009, iaitu ulang tahun pertama penahanan ISA saya akibat tuduhan palsu yang dilemparkan oleh orang UMNO di Selangor terhadap saya bahawa kononnya saya melarang laungan azan di Masjid Al-Ehsan di Bandar Kinrara, Puchong.

Tuduhan itu adalah terbukti fitnah apabila nazir masjid pada masa tersebut, Haji Abdul Rahman, tampil menafikan tuduhan tersebut selepas saya ditahan di bawah ISA. Namun demikian, saya masih ditahan secara persendirian selama seminggu di bawah ISA.

Selepas saya keluar daripada penahanan ISA pada tahun lepas, saya memang berhasrat melawat masjid berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada Haji Abdul Rahman, tetapi saya diberitahu bahawa jawatankuasa Masjid Al Ehsan di bawah tekanan UMNO yang kuat pada waktu itu kerana kenyataan yang berani dan benar oleh Haji Abdul Rahman tersebut, dan oleh itu, saya tidak dapat masuk ke masjid tersebut.

Semalam, 11 September 2009, dengan bantuan rakan-rakan daripada PKR dan PAS di Puchong, saya berjaya mengorak langkah masuk ke Masjid Al-Ehsan di Bandar Kinrara tersebut buat kali pertama, dan mengadakan majlis berbuka puasa bersama muslimin dan muslimat setempat.

READ MORE HERE



Comments
Loading...