Melihat anak bulan di Teluk Kemang


Rakyat Bagan Pinang hanya mahukan satu pekara. Seorang wakil rakyat yang boleh membela mereka dan memperjuangkan kepentingan mereka.

Dan sudah barang tentu wakil rakyat yang mereka mahu itu mestilah mempunyai cirri ciri yang lain yang mesti ada pada wakil rakyat. Dalam diri Isa Samad, semua benda ini tidak sukar di cari. Ciri2 yang praktikal. Ciri2 malaikat untuk dunia akhirat.

Orang dah kenal Isa Samad. Dia MB dulu. Dia boleh buat kerja dan semua jabatan kerajaan dia tahu dan ketua mereka Isa kenal. Ini semua kelebihan yang Isa Samad ada. Bisa nya dalam UMNO pun masih ada. Keadaan UMNO dalam Negeri Sembilan sekarang pun bukanlah sebegitu mantap dan boleh memanfaatkan pengalaman Isa Samad. Apa sahaja yang boleh membantu UMNO jadi kuat, mesti di manfaatkan. Mat Hassan tidak mampu mengawal keadaan dalam NS dan Rais boleh berfungsi bergantung kepada mode apa dia berada. Isa Samad boleh berkerja untuk menyatukan pimpinan UMNO dalam Negeri Sembilan.

Saya telah menulis satu artikel mengenai bakal calon BN untuk DUN Bagan Pinang. Ini DUN Dalam daerah port diksen. Saya telah menyatakan bahawa kemungkinan besar calon nya ialah Tan Sri Isa Samad. Dia bekas naib presiden UMNO, bekas Menteri Persekutuan. Yang lebih releven, dia bekas Manteri Bosar Negeri Sembilan.

Dia popular di NS dan jasa nya pun banyak. Orang2 port diksen pun tahu jasa Isa Samad. Yang tak suka Isa Samad ialah pimpinan UMNO yang tinggi2. Tanggapan orang ialah, semasa Isa kena balun oleh lembaga disiplin dahulu, itu semua angkara mainan politik. Kalau orang tak suka kita, mereka boleh buat apa sahaja. Jadi walaupun Isa Samad di dapati bersalah oleh lembaga Disiplin UMNO, penerimaan bahawa dia bersalah tidak menyeluruh. Dia bersalah dek kerana intrigue politik. Rakyat takde problem dengan Isa Samad. Bodohlah UMNO jika menolak seorang tokoh yang rakyat suka. Dalam keadaan UMNO huru hara sekarang, apa sahaja yang boleh bantu, mesti di ambil. UMNO mesti buat keputusan yang seiring dengan kehendak orang ramai.

UMNO mesti bezakan kepetingan taktikal dengan kepentingan stratejik. Memenangi DUN Bagan Pinang adalah kepentingan taktikal. Soalan tinggi2 seperti membetulkan asas dan perjuangan UMNO adalah kepentingan stratejik yang sifat nya jangka panjang. Mengurus kepentingan stratejik terletak pada bahu pemimpin peringkat kebangsaan yang akan menggubal dasar. Orang2 di barisan depan, kerja mereka ialah memasikan dasar di jalankan.

READ MORE HERE



Comments
Loading...