Jangan tanya Sharizat tentang “isteri kedua” Rohaizat


(The Malaysian Insider) PERMATANG PAUH, Ogos 23 — Semua wartawan di larang bertanyakan isu isteri kedua calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kerana mungkin ia menjadi “bom jangka” terakhir yang boleh menjatuhkan maruah calon tersebut.

Semalam, Pengarah pilihanraya PAS Pusat, Datuk Haji Mahfuz Omar dalam kenyataanya menyuruh wartawan bertanya terus kepada Menteri Hal Ehwal Wanita kerana calon BN didapati mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

Jika benar apa yang berlaku, Sharizat yang dipanggil “Kak Jat” harus membela seorang isteri yang diabaikan suami tercinta.

“Itu pun jika benar sepertimana diperkatakan orang ramai kini.  Saya tidak mahu memanjangkan isu itu kerana ia melibatkan kelambu Rohaizat.  Apa salahnya mengaku jika berkahwin dua jangan pula menafikan kerana ia tidak baik,” ujar Mahfuz selanjutnya.

Isu calon BN, Rohaizat Othman mula berbangkit apabila Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan mula menyebut mengenainya. Nasrudin telah dipertikai dengan alasan ia isu peribadi.

Namun, Nasruddin berkata dia bukan sengaja mahu mengungkitkannya.

Isteri kedua Rohaizat, Rafizah, adalah adik angkat kepada guru beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang serta Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah. Sementara saya anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah,” cerita Nasrudin yang juga bermestautin di Pahang.

Rafizah telah lebih setahun berceritakan nasib beliau, namun dia merahsiakan siapa suaminya. Tuan Ibrahim tidak mampu berbuat apa-apa di samping tidak tahu siapa lelaki yang menjadi suaminya.

Sehinggalah beberapa hari lalu, Puan Rafizah memberitahu, “Ustaz, Rohaizat (calon BN) itulah suami saya!”.

Saya segera bertemu dengan kedua ibu-bapanya untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Ya, hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung anaknya sejak setahun yang lalu,” cerita Nasrudin lagi.

Menurut Nasrudin, Rafizah pernah bertugas sebagai ketua kerani di firma Rohaizat. Mereka telah berkahwin selama lapan tahun, namun baru setahun lepas mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

Bagi Nasrudin, beliau bukan menyerang peribadi Rohaizat tetapi membela orang yang hampir dengannya.

Read more at: Jangan tanya Sharizat tentang “isteri kedua” Rohaizat



Comments
Loading...