Internal Security Act – ISA


Sanusi Junid

Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA ( Internal Security Act ) sudah menjadi satu akta yang paling popular diperbincangkan. Saya juga telah dijemput oleh TV9 untuk berdebat mengenainya dengan ahli Parlimen Keadilan, YB Wee Choo Keong, yang berasal dari DAP, di bawah rancangan 'HUJAH'.

2. Tajuk ISA ini menjadi bertambah popular apabila begitu banyak yang pernah ditahan di bawah ISA kini berada di dalam Parlimen, termasuk YB Wee Choo Keong.

3. Mungkin kerana mereka pernah ditahan di bawah ISA – lah maka ada di antara banduan ISA telah menggunakan masa dalam tahanan untuk menambah ilmu dan memupuk kesedaran baru sehingga berjaya memenangi pilihanraya dan menjadi Ahli Yang Berhormat.

4. Sebagai seorang pendebat di TV9, bukan sahaja dalam masa berdebat tetapi juga dalam perbincangan sebelum perdebatan bermula, saya baru menyedari bahawa banyak perkara dan fakta yang tidak disedari atau diketahui oleh sesetengah daripada mereka yang bercakap mengenai tajuk ini.

5. Sebagai seorang yang pernah menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri, di waktu Tun Ghazali Shafi'e menjadi menterinya, saya berpeluang bukan saja mempelajari secara mendalam sejarah, keperluan, faedah dan kekurangan Akta ISA ini.

6. Perlu saya tekankan di sini bahawa seluruh rakyat Malaysia sebenarnya terhutang budi kepada ISA. Tanpa ISA dan penggunaannya negara Malaysia tidak mungkin akan wujud dalam aman saperti sekarang ini.

7. Siapakah sebenarnya yang anti ISA?

READ MORE HERE



Comments
Loading...