Kenapa pakcik tak boleh jadi angkasawan?


Oleh Haji Julaihi Haji Suut

Pakcik ada satu cerita. Molek kalau pakcik gunakan Bahasa Malaysia Baku dalam penulisan ini demi menjaga maruah dan ego negara. Sekurang-kurangnya mereka boleh berbangga tak hilang bahasa ibunda di dunia.

Kolej Tanjung Lobang

Dulu semasa pakcik bersekolah di Kolej Tanjung Lobang, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (bermula tahun 1984), ada sedikit kepincangan berlangsung dalam proses belajar dan mengajar dalam kelas. Suasana dalam kelas asing sungguh. Pakcik dapat perhatikan cikgu-cikgu semacam terbeban sangat mengajar. Kerapkali kata-kata mereka tersekat, dan dia tercari-cari apa lagi hendak dikatakan. Kasihan pakcik melihat gelagat mereka. Seorang cikgu, mengajar matapelajaran Sains, sampai tercungap-cungap cuba membuat sebutan Bahasa Malaysia sebaik mungkin. Kita rakan-rakan sekelas menunggu dengan sabar sehingga ayat itu lengkap. Mana-mana tempat kita boleh bantu kita segera menyampuk. Bukan dia seorang sahaja cikgu yang bergelut dalam belukar bahasa. Perkara sama berlaku dalam kelas matapelajaran Matematik. Pendek-kata anak murid pula yang mengajar tok guru. 

Ada juga ketikanya situasi itu memang tidak boleh diselamatkan:

“Segi tiga sudut menentang segi lurus darjah tak sama.”

“Bilah inertia habis dalam angin jatuhkan jasad kepada bawah.”

“Graviti membawakan jatuh epal dari bumi.”

Maka kita pelajar sekalian pun tercengang-cengang.

Read more at: http://kadayanjournal.com/?p=1997



Comments
Loading...