Pakatan Rakyat Semakin Lupa Dengan Perjuangan Asalnya?


By Go Malaysian

Ini adalah petikan kedua saya yang menterjemahkan pendapat kolumis seorang wartawan dari SinChew Daily yang dikatakan perkauman oleh Utusan Malaysia. Petikan ini menceritakan nasihat kepada Pakatan Rakyat supaya mereka tidak lupa hala tuju mereka dan perjuangan mereka. Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat, sila teliti nasihat yang dikemukakan.

Kini Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang berpecah belah. Kerjasama yang rapuh, kekuranga interaktif antara parti, kekurangan formula untuk menyelesaian masalah, keengganan pemimpin peringkat negeri patuh kepada arahan peminmpin pusat telah mendorong kepada keadaan yang sebegini. Selain itu, kegagalan untuk mempertahankan polisi yang tidak mengamalkan perkuaman juga merupakan faktor yang penting kepada masalah tersebut.

Kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lepas banyak bergantung kepada keberanian pemimpin mereka untuk menyuarakan politik yang berasaskan semangat tidak mengira bangsa yang ternyata berlainan dengan Barisan Nasional. Ini termasuklah pendirian Anwar Ibrahim yang mempersoalkan keberkesanan Dasar Ekonomi Baru. Walaupun beliau dikutuk oleh UMNO di setiap ceramah dan mengambarkan beliau sebagai alat Cina dan India, namum beliau tidak berganjak daripada itu dan terus mempertahankan semangat Ketuanan Rakyat. Tetapi selepas pilihan raya, nampaknya Pakatan Rakyat semakin jauh daripada perjuangan asalnya dan beria-ria untuk bermain dalam permainanan dengan Barisan Nasional.

Read more at: http://gomalaysian.blogspot.com/2009/07/pakatan-rakyat-semakin-lupa-dengan.html



Comments
Loading...