Perpaduan Melayu- Bahagian 2


Ada sesuatu yang tidak kena apabila ketua Pemuda Kelantan buat lapuran polis keatas TG Nik Aziz. Inilah petanda orang UMNO tidak faham reality politik hari ini. Kita berlagak seolah olah kita orang UMNO adalah anugerah Tuhan ke Negara ini. Zaman itu sudah berlalu.

Dengan melakukan tindakan melapurkan kepada polis, tindakan ini akan bertambah mengalienasikan UMNO. Kalau orang tak suka kita, kita tak boleh paksa. Kalau orang tak setuju dengan idea kerajaan perpaduan, kita tidak boleh paksa. Orang UMNO pun bukan semua setuju dengan konsep perpaduan jika itu di jadikan alasan untuk melanjutkan hayat politik kaki haprak dalam UMNO.

Jika berlaku perpaduan akibat dari political expediency, apa yang kita ingat akan berlaku? Yang akan berlaku ialah UMNO tidak perlu melakukan perubahan dalaman. Apabila perubahan tidak berlaku apa jadi? Majority ketua bahagian yang sudah berkarat yang lebih berminat mengejar dan menjaga kepentingan peribadi akan terus mengekalkan kuasa. Apabila ini terjadi, UMNO akan terus membuta tulikan diri kepada seruan untuk melakukan perubahan radikal.

Untuk mengembalikan kredibiliti UMNO, presiden UMNO mesti meneruskan agenda melakukan perubahan. Penghapusan system quota yang telah membawa kesan melindung kepimpinan yang mahu mengekalkan kuasa, akan membuka UMNO kepada iklim yang lebih demokratik. Pemilihan secara lansung oleh 60 ribu perwakilan bahagian akan memustahilkan permainan politik wang. Lebih penting, ianya akan meliberalisasikan kekangan dalam UMNO dan akan memunculkan bakat pimpinan. Kemunculan bakat pimpinan di perlukan untuk memerdekakan UMNO dari di tempa oleh kepimpinan yang bersandarkan hubungan jenetik, kedudukan dan jawatan. UMNO kena re-invent diri nya sendiri.

READ MORE HERE



Comments
Loading...