Perak dan Kelantan: Sekadar Ingatan


A Kadir Jasin

URA-URA tunjuk perasaan besar-besaran oleh penyokong pakatan tidak berdaftar, Pakatan Rakyat, di Ipoh hari ini mengingatkan saya kepada peristiwa yang serupa di Kota Baru, Kelantan pada tahun 1977.

Akibat daripada tunjuk perasaan dan kekacauan yang berlaku selepas itu, Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Allahyarham Hussein Onn telah mengisytiharkan darurat di Kelantan.

Buat seketika, Kelantan ditadbir terus oleh Kerajaan Pusat melalui Akta Undang-Undang Kuasa-kuasa Darurat (Kelantan) 1977.

Seperti di Perak sekarang, ia disebabkan oleh perebutan kuasa dalam Dewan Undangan Negeri.

Peristiwa itu jelas di ingatan saya kerana saya berada di perkarangan bangunan DUN ketika tunjuk perasan itu berlaku dan terkena lumpur yang dibaling oleh penunjuk perasaan dari luar pagar.

Ketua tunjuk perasaan itu adalah orang muda yang panas darah yang seangkatan dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim. Beliau adalah Ahli Parlimen bebas (Pas) Pasir Mas sekarang, Ibrahim Ali.

Sebagai wartawan saya bertembung dahulu dengan Ibrahim Ali sebelum yang “diperkenalkan” secara peribadi kepada Anwar pada tahun 1982 apabila dia menyertai Umno “sebagai ayam baru tumbuh bulu pahat”.

Ungkapan itu diberikan kepadanya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Anwar menang pilihan raya umum 1982 di Permatang Pauh dengan merampas kerusi itu daripada Pas.

READ MORE HERE



Comments
Loading...