Jangkaan Saya: UMNO Tidak Akan Tanding Kerusi Di Pilihan Raya Kecil Penanti


By GoMalaysian

Saya jangka BN tidak akan tanding kerusi ini ekoran beberapa sebab di bawah:

1) Sejak mula lagi Najib sudah cuba mempengaruhi pemikiran pengundi bahawa pilihan raya ini adalah membazirkan wang rakyat, maka jika mereka menyertai pilihan raya kali ini di saat akhir maka mereka telah menampar muka mereka sendiri.

2) BPR membuat keputusan tidak mendakwa Fairus.

3) Media aliran utama dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya turut sama dengan Najib membuat laporan dan mempengaruhi pemikiran pengundi bahawa pilihanraya kecil adalah membazirkan duit rakyat, maka jika BN tidak serta dalam pilihan raya kali ini maka mereka akan melaporkan BN memilih jalan bijak kerana tidak membazirkan wang rakyat (walaupun kita semua tahu kenapa BN tidak bertanding kali ini).

Read more at: Jangkaan Saya: UMNO Tidak Akan Tanding Kerusi Di Pilihan Raya Kecil Penanti | 我的猜测:国阵不会迎战 Penanti 补选

 



Comments
Loading...