Gelisah Penanti


Penanti: Najib Lawan Mahathir

Sayuti Omar

UBN nampaknya benar-benar berubah dari biasa! Menjelang pilihan raya kecil Dun Penanti 31 Mei depan UBN masih belum membuat keputusan. Kali ini UBN tidak seghairah menjelang pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini.

Kalau pilihan raya kecil Kuala Terengganu serta pilihan raya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, UBN mendahului Pakatan Rakayat dalam mengumumkan calon, tetapi tidak untuk pilihan raya kecil Penanti.

UBN masih terkila-kial dan belum ada kata putus samada ada ingin menyertai atau tidak pilihan raya berkenaan. Pandangan pemimpin UBN berbelah bagi. Dari segi moralnya UBN sudah kalah. Kekalahan dalam kesemua pilihan raya kecil itu kecuali Batang Ai menjadi UBN termenung jauh dan berfikir panjang.

Pakatan Rakyat, PKR telah mengumumkan calon mereka kelmarin. Bekas Pensyarah USM dan juga bekas Setiausaha Politik semasa Anwar Ibrahim jadi Timbalan Perdana Menteri, Dr Mansor Othman dipilih untuk bertanding di situ. Ini bermakna PKR telah membuat persiapan lebih awal dan mempunyai konfiden lebih.

Apakah sikap tidak agresif seperti biasa UBN ini menandanya parti menghadapi tekanan perasaan yang cukup hebat? Bahawa UBN telah mulai menyedari masalah dan kesuraman masa depannya berpandukan kepada perkembangan politik mutakhir?

READ MORE HERE



Comments
Loading...