Rayuan Kepada Parti-Parti Pembangkang


Bahang Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12) semakin hari makin terasa kepanasannya. Semua parti politik, tidak kira samada parti pemerintah atau parti-parti pembangkang, bagai cacing kepanasan sibuk merancang dan mengatur strategi bagi menghadapi hari penentuan ini bagi memastikan kemenangan di pihak masing-masing.

Walaupun di dalam sistem demokrasi Malaysia hanya PM saja yang tahu bila tarikh pembubaran parlimen, para penganalisa politik masih dapat membaca dengan agak tepat tarikh keramat ini berdasarkan andaian-andaian tertentu yang agak munasabah dan realistik. Faktor mesyuarat agung tahunan UMNO yang mesti diadakan mulai Mei nanti dan layaknya Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada bulan yang sama merupakan faktor penentu penting bahawa tarikh PRU 12 pasti diadakan lebih awal. Kesibukkan luarbiasa SPR kebelakangan ini di dalam membuat persiapan pilihanraya menambah lagi keyakinan kita bahawa PRU 12 akan diadakan mungkin di bulan Februari atau Mac 2008 ini. Cuma yang masih menjadi faktor tanda tanya ialah kesan himpunan BERSIH dan HINDRAF ke atas keputusan Pak Lah kelak memandangkan himpunan-himpunan ini dan juga beberapa faktor lain telah berjaya melonjakkan sokongan rakyat kepada pihak pembangkang.

READ MORE HERE



Comments
Loading...