Kenapa Pakatan tidak menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri?


Salleh SD

Ketika Barisan Nasional berkuasa, DAP dan PKR mendesak untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri kepada hanya dua penggal sahaja. Ia telah menjadi satu isu lebih besar semasa Mahathir menduduki jawatan tersebut selama 22 tahun atau lima penggal dan beliau enggan dan mengelak untuk bersara.

Pakatan berjanji sekiranya Barisan Nasional ditendang keluar dari Putrajaya mereka akan meluluskan undang-undang untuk menghadkan Perdana Menteri dan Menteri Besar kepada hanya dua penggal sahaja.

Pada tahun 2008 DAP mengambil alih Pulau Pinang manakala PKR mengambil alih Selangor. Kenapa Pakatan tidak mencadang dan meluluskan undang-undang untuk menghadkan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada dua penggal di Dewan Negeri? Sedangkan pada ketika itu Pakatan adalah Kerajaan Negeri di Selangor dan Pulau Pinang.

Sekarang pula, Pakatan enggan meluluskan undang-undangdi Parlimen untuk menghadkan jawatan Perdana Menteri selama dua penggal. Alasan yang mereka bagi pula mengatakan bahawa mereka tidak mengawal 2/3 majoriti di dalam Parlimen. Sebenarnya kita tak perlu pun mengawal 2/3 majoriti di dalam Parlimen. Kita cuma perlukan 2/3 undi sahaja.

Jika Pakatan membentangkan Rang Undang-Undang untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, belum tentu PAS dan BN tidak akan memberi undi sokongan kepada Pakatan. Macam mana hendak tahu sama ada dapat sokongan undi atau pun tidak sedangkan ianya tidak pernah di perbentangkan? Dengan adanya PAS dan BN, Pakatan akan mempunyai lebih dari 2/3 majoriti.

Hari demi hari Pakatan mungkirkan janji mereka. Setiap janji yang tidak dapat ditunaikan, Pakatan akan beri 1001 alasan.Ini baru salah satu janji mereka. Belum lagi janji-janji lain seperti janji menghapuskan hutang FELDA, janji menyamaratakan gaji minimum di seluruh negara, janji menstabilkan harga petrol dan memperkenalkan subsidi bersasar, janji  mengurangkan kos sara hidup dan janji menangguhkan pembayaran hutang PTPTN.

Jadi, apa gunanya berjanji kalau janji tinggal janji. Bak kata Ustaz Azhar Idrus “Orang yang berjanji dan tidak di tunaikan adalah orang Munafik walaupun manifesto bukan kitab suci.”

 



Comments
Loading...