AKAUN NAJIB TIADA KAITAN SRC, 1MDB – SPRM


(Watan Online) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan siasatan SRC International (SRC) dan 1MDB membabitkan RM2.6 bilion.

Oleh itu pihak berkuasa melepaskan pembekuan akaun Najib dan ia dilakukan bukan kerana desakan mana-mana pihak.

SPRM juga turut menafikan pihaknya sengaja memperbesarkan isu pembekuan akaun bekas Presiden UMNO itu, sebaliknya menyalahkan media yang sengaja memperbesarkan perkara itu.

“Kami mendapati terdapat beberapa kekeliruan fakta yang dilaporkan oleh segelintir pihak menerusi media,” kata SPRM dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Oleh itu katanya dakwaan SPRM menyepi apabila pembekuan akaun ditarik balik katanya tidak timbul.

Katanya, suruhanjaya itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkaitan pembekuan akaun, malah SPRM juga hanya mengesahkan pelepasan akaun berkenaan apabila persoalan itu ditimbulkan oleh media.

SPRM turut menegaskan bahawa sehingga kini, siasatan berhubung dana RM2.6 bilion masih diteruskan.

 



Comments
Loading...