Kenapa DAP tidak bantu Anwar?


Oleh: Raja Petra Kamarudin

Adakah anda menyedari bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng begitu senyap terhadap video lucah gay Azmin-Haziq? Biasanya pasukan ayah-anak ini selalu bercakap semua perkara. Mereka juga bahkan akan berdakwah kepada orang Islam tentang bagaimana Islam perlu diamalkan dan bagaimana menjadi orang Islam yang baik. Malah, Mufti Perlis pun kalah. Tetapi kini, diam membisu.

Sebenarnya, ketika Lim Tua, Lim Muda dan lain-lain pemimpin DAP kelihatan begitu senyap, mereka sangat aktif di belakang tabir. Kit Siang telah beberapa kali bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad, cuba untuk menyelesaikan perkara tersebut, namun masih belum berjaya setakat ini.

Kenyataan yang dibuat Mahathir (rujuk keratan akhbar pada gambar) adalah sedikit sebanyak merupakan tindak balas beliau terhadap tekanan yang dihadapinya. Mahathir sedang memberitahu DAP bahawa beliau telah membuat keputusannya terhadap perkara itu. Dan keputusannya ialah beliau tidak akan menjatuhkan Azmin. Mahathir juga kata dia bukannya mempertahankan Azmin.

Ia benar. Mahathir bukan mempertahankan Azmin. Mahathir melindungi dirinya.

Tujuan mereka mahu menyingkirkan Azmin adalah untuk memudahkan laluan Anwar bagi menjatuhkan Mahathir. Dengan Azmin berperanan seperti ‘penjaga gol’, ia akan lebih menyukarkan Anwar untuk ‘menyumbat jaringan’.

Tidak syak lagi Anwar kerap melaungkan beliau mempunyai bilangan (sokongan Ahli Parlimen). Tetapi jika beliau benar-benar memliki bilangan, maka beliau tidak akan semata-mata berlaungan, beliau sepatutnya sudah bertindak.

Ini adalah satu lagi cakap besar ’16 September’. Pada 2008, Anwar juga bercakap besar yang beliau mempunyai bilangan dan akan mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008. Akhirnya, tiada apa pun yang berlaku. Pada 1998, Anwar juga bercakap besar yang beliau memiliki ‘enam kotak’ bukti untuk menyumbat Mahathir ke dalam penjara selama 100 tahun. Sehingga hari ini, tiada satu kotak pun yang kelihatan, apatah lagi enam kotak.

Itulah Anwar untuk anda kenali. Dia suka bercakap besar. Tetapi akhirnya, tiada apa. Hari ini kita ambil alih (Putrajaya), esok Najib Tun Razak masuk penjara. Hari ini kita menang, esok harga minyak RM1.50. Hari ini kita menang, esok lebuh raya, tol percuma. Hari ini kita menang, esok kos sara hidup turun separuh. Hari ini kita menang, esok tiada lagi GST, kos barang dan perkhidmatan akan turun.


Tidak, bila sahaja Anwar membuka mulut, tidak sukar untuk meneka, sebenarnya tiada apa. Anwar tidak mempunyai bilangan seperti yang didakwanya. Apa yang diharapkan beliau ialah Azmin dipecat dan beliau kemudiannya boleh meminta Mahathir berundur. Tetapi Mahathir enggan pecat Azmin. Sebaliknya, Mahathir sedang memberitahu Anwar, ‘Pergi jahanam’.

Anwar mahu DAP muncul secara terbuka dan menggesa Mahathir agar memecat Azmin. Namun, Kit Siang dan Guan Eng punyai masalah sendiri. Mahathir telah meminta Latheefa Koya membuka semula fail kes Terowong Bawah Tanah Pulau Pinang dan kes banglo Guan Eng. Ia merupakan amaran Mahathir kepada Kit Siang dan Guan Eng – jika bercakap banyak, Guan Eng akan ke penjara semula. Lagipun, Mahathir pernah menyumbat Guan Eng ke dalam penjara sekali sebelum ini kerana kesalahan menghasut. Maka, ia boleh berlaku lagi.

Sementara itu, Anwar sangat gelisah dan marah-marah. Anwar sudah jadi hilang kawalan sehingga Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh lagi tinggal sebumbung dengan Anwar. Anwar melempiaskan kekecewaan dan kemarahannya terhadap Wan Azizah dan menjadikannya tempat melepas geram.

Anwar menyuruh Wan Azizah bertemu Mahathir dan sampaikan kepada orang tua itu, Wan Azizah sudah bersedia memberi laluan kepada suaminya untuk mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri. Balas Mahathir, Wan Azizah boleh letak jawatan tetapi tiada jaminan Anwar boleh ambil alih jawatan TPM. Wan Azizah perlu letak jawatan dulu, kemudian barulah Mahathir akan pertimbangkan siapa yang akan menggantinya.

Ini menyebabkan kemarahan Anwar semakin meluap-luap. Beliau mahu perletakan jawatan Wan Azizah dengan syarat, Anwar yang akan mengambil alih jawatan TPM. Jika Wan Azizah meletakkan jawatan tanpa syarat tersebut, risikonya besar. Dan ia bermakna, orang lain yang akan menggantikan Wan Azizah sebagai TPM.

Dan dengan DAP yang kekal ‘neutral’ kerana banyak kes penyelewengan Guan Eng kini dalam siasatan, situasi percaturan tidak berpihak kepada Anwar.

*Terjemahan kepada artikel asal https://www.malaysia-today.net/2019/07/23/why-is-dap-not-helping-anwar/

* Kesilapan terjemahan daripada Korek Korek tidak patut dibebankan kepada penulis asal.

 



Comments
Loading...