KPN telah menjadi alat ahli politik


Inilah yang akan berlaku apabila anda menjadi baruah ahli politik Anda akan terpaksa membuat apa sahaja sekiranya tuan anda membunyikan locengnya (seperti cerita Tiga Abdul ketika Abdul Wahub lakonan Allahyarham Pramlee membunyikan loceng untuk memanggil khadamnya). Loceng telah pun dibunyikan dan Hamid kena buat apa sahaja, termasuk menyelamatkan Azmin. Dan itulah apa yang Hamid buat dengan begitu patuh sekali.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Ketua Polis Negara (IGP), Abdul Hamid Bador telah mengharungi ombak tinggi dan juga rendah semenjak beberapa tahun ini. Nama beliau mula menonjol pada tahun 2015 ketika beliau masih menjadi Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB). Bosnya, Pengarah Cawangan Khas (SB), Akhil Bulat, mengesyorkan Hamid untuk mengambil alih sebagai Pengarah SB yang baru. Akan tetapi, mantan KPN, Khalid Abu Bakar telah menyekatnya.

Masalahnya, apabila Akhil mahukan Hamid untuk menggantikannya, Khalid telah pun mempunyai calonnya sendiri. Ini membuatkan Hamid naik baran (dia seolah mempunyai isu ‘anger management’) lalu dia menyerang masuk ke dalam pejabat Khalid dan menjerit, sekiranya dia menjadi IGP, Khalid merupakan orang pertama yang akan dipenjarakan olehnya atas pelbagai jenis jenayah yang dilakukan.

Akhil Bulat mahukan Hamid Bador sebagai Pengarah SB yang baru tetapi disekat oleh Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar

Jenayah yang dilakukan oleh Khalid yang boleh membuatkan dia dipenjara tidak didedahkan sehingga ke hari ini. Tetapi Khalid telah menghantar Hamid ke dalam gua menyebabkan peperangan antara mereka berdua bertambah lagi teruk. Khalid dikatakan sebagai pro-Najib Tun Razak. Jadi, Hamid pula secara terbuka menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menunjukkan tentangannya kepada bossnya sendiri iaitu Khalid.

Bagaimanapun, sokongan terbuka Hamid untuk Mahathir nampaknya telah terbayar. Selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan, Hamid telah diambil kembali untuk dijadikan sebagai Pengarah SB yang baru dan selepas itu dilantik menjadi Ketua Polis Negara (IGP). Tetapi, sokongan politik ini bukannya percuma dan ianya mempunyai harga, dan sekarang Hamid perlu membayar balik walaupun menggunakan darah dan dagingnya sendiri kepada tuan politiknya.

Mahathir mahu Azmin Ali dilindungi dan Polis Diraja Malaysia harus memastikan bahawa Azmin tidak dijatuhkan dengan skandal video lucah gay.

Setiap manusia, samada lelaki atau pun perempuan malah budak yang berusia tujuh tahun pun tahu bahawa Azmin didalam video lucah gay itu. Walau bagaimanapun, Hamid tidak mempunyai pilihan lain dan mengumumkan bahawa didalam video itu bukannya Azmin. Malah mereka tidak dapat mengenal pasti siapakah lelaki yang dalam cermin itu… eh silap, lelaki didalam video itu.

Ya, mereka tidak dapat mengenal pasti siapa yang ada dalam video lucah gay itu, tetapi apa yang mereka tahu adalah lelaki yang didalam video itu bukannya Azmin.

Inilah yang akan berlaku apabila anda menjadi baruah ahli politik Anda akan terpaksa membuat apa sahaja sekiranya tuan anda membunyikan locengnya (seperti cerita Tiga Abdul ketika Abdul Wahub lakonan Allahyarham Pramlee membunyikan loceng untuk memanggil khadamnya). Loceng telah pun dibunyikan dan Hamid kena buat apa sahaja, termasuk menyelamatkan Azmin. Dan itulah apa yang Hamid buat dengan begitu patuh sekali.

 



Comments
Loading...