Berapa kali nak main belakang PAS?


Orang tua-tua berkata, timba kena cari telaga, bukan telaga cari timba. PAS ialah telaga dan Amanah ialah timba. Jadi, siapa patut cari siapa? Orang tua-tua juga berkata, orang yang bila berjumpa dengan ummah Islam berkata mereka sokong Islam dan apabila berjumpa dengan orang kafir berkata mereka menentang Islam dipanggil munafiq. Orang munafiq haram diambil sebagai kawan. Masa sekolah dulu Husam tak belajar ke semua ini?

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Dulu Husam Musa kata PAS adalah sebuah parti yang tidak bermoral atau berprinsip. Husam menuduh PAS dan pemimpin-pemimpin PAS menerima rasuah sebanyak RM90 juta dari Najib Tun Razak atau pun Umno. Husam juga berkata beliau sendiri telah melihat sekeping cek yang bernilai RM90 juta itu.

Ia, Husam “melihat” dengan mata kepalanya sendiri sekeping cek yang nilainya sebanyak RM90 juta. Bukan dua keping cek atau sepuluh keping cek berjumlah RM90 juta. Hanya sekeping cek bernilai RM90 juta.

Ini bermaksud tidak susahlah kalau nak kesan cek tersebut. Tetapi SPRM pula tidak dapat mengesan sekeping cek bernilai RM90 juta yang kononnya dibayar kepada PAS atau pemimpin-pemimpin PAS. Malah, pihak SPRM tidak dapat mengesan sekeping cek yang bernilai RM90 juta dibayar kepada sesiapa pun. Sekeping cek yang bernilai RM90 juta itu langsung tidak wujud.

Husam Pelawa PAS Sertai PH, Bersama Kuburkan UMNO

Hari ini pula, Husam menjemput PAS menyertai Pakatan Harapan. Sebab apa Husam mahu parti yang dikata tidak bermoral atau berprinsip dan juga terlibat dengan rasuah menyertai Pakatan Harapan? Pakatan Harapan tidak ada etika ke? Lanun, perompak dan penyamun semua dipelawa untuk menyertai Pakatan Harapan.

Dulu Husam dan orang-orang yang sewaktu dengannya keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru sebab marah dengan Tok Guru Abdul Hadi Awang. DAP dan PKR mahu Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim tetapi Tok Guru sokong Azmin Ali. Sebab Tok Guru sokong Azmin dan bukannya Wan Azizah adalah kerana titah Tuanku Sultan.

Amanah’s Husam Invites PAS To Join Pakatan, DAP Says Nothing

Selepas bercerai dengan PAS kerana isu Menteri Besar Selangor, hari ini Husam rujuk kembali dan jemput PAS menyertai Pakatan Harapan. DAP dah setuju ke? Dan PKR pun setuju jugak ke? Yang kita tahu DAP dan PKR suduh cerai talak tiga dengan PAS. PAS perlu kahwin “Cina buta” dengan Umno dulu dan selepas cerai dengan Umno barulah PAS boleh menyertai Pakatan Harapan. Bukan ke itu caranya selepas cerai talak tiga?

DAP sudah tiga kali “main belakang” PAS. Tahun 1990 (masa Gagasan Rakyat-APU), tahun 2001 (masa Barisan Alternatif) dan tahun 2015 (masa Pakatan Rakyat). Cukuplah tiga kali DAP main belakang PAS. Ke nak kena main kali ke empat baru nak serik?  Atau pun PAS ni suka kena main belakang?

Semasa Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan parti Semangat 46 pada 1988, beliau tidak jemput Umno untuk menyertai parti beliau. Sebaliknya, beliau bubar Semangat 46 dan semua ahli Semangat 46 kembali menyertai Umno. Ini yang patut Husam cadangkan, iaitu bubar Amanah dan semua bekas ahli PAS kembali ke PAS. Bukannya jemput PAS menyertai Pakatan Harapan pula. Ini sudah terbalik.

Orang tua-tua berkata, timba kena cari telaga, bukan telaga cari timba. PAS ialah telaga dan Amanah ialah timba. Jadi, siapa patut cari siapa? Orang tua-tua juga berkata, orang yang bila berjumpa dengan ummah Islam berkata mereka sokong Islam dan apabila berjumpa dengan orang kafir berkata mereka menentang Islam dipanggil munafiq. Orang munafiq haram diambil sebagai kawan. Masa sekolah dulu Husam tak belajar ke semua ini?

 



Comments
Loading...