END GAME Kerajaan Pakatan Harapan


SD Salleh

Lagi beberapa hari, akan genap satu tahun bersamaan dengan 12 bulan atau 365 hari kerajaan Pakatan Harapan memerintah Malaysia. Jadi, penghujung untuk genapkan satu tahun mereka memerintah, nampaknya keadaan semakin kucar-kacir. Ingatkan dalam hujung-hujung ni, ada juga penambah baik untuk ekonomi Negara atau pun dasar-dasar yang mesra rakyat. Rupanya, dari hari pertama sehinggakan nak genap satu tahun ini makin hari makin ke teruk.

Syarikat kesayangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Proton, yang diterajui oleh Syed Mokhtar Albukhary, yang juga merupakan kroninya sendiri, dikhabarkan bahawa mengalami kegagalan yang boleh mengakibatkan syarikat Proton akan lingkup. Jadi, Mahathir yang terkenal dengan mengamalkan budaya ‘bail-out’ terutama pada kroni-kroniya, beliau pun telah mengaturkan untuk bank dari China meminjamkan Proton sebanyak RM1.9 bilion.

Pakatan Harapan berkata bahawa Projek ECRL dan Bandar Malaysia dilaksanakan semula dan dikata akan membawa kemajuan kepada negara dan menguntungkan rakyat . Dulu mengatakan bahawa Projek ECRL dan juga Bandar Malaysia merupakan projek yang membazir dan sehinggakan menjual negara ke China.

Mereka dari Pakatan Harapan ini sudah ketandusan idea ke sehinggakan mereka sendiri terpaksa mengakui secara tidak langsung bahawa projek-projek kerajaan dahulu adalah bagus untuk ekonomi negara. Berapa lama lagi rakyat Malaysia akan sentiasa dihidangkan dengan ‘U-Turn’ dan ludah jilat balik oleh kerajaan Pakatan Harapan? Takkan sampai empat tahun lagi?

Ketidaksefahaman diantara Mahathir dengan Istana Johor bukan baru ini sahaja terjadi. Kemelut ini sudah terjadi berpuluh-puluh tahun dahulu. Dengan terjadinya perletakan jawatan Menteri Besar Johor dan EXCO Johor yang dipecat. Mahathir kembali menunjukkan kuasanya dengan melantik bekas EXCO yang dipecat itu menjadi Ketua Perhubungan PPBM Johor bukannya MB Johor. Dan drama ini berterusan sehinggakan Mahathir sendiri merajuk dan ingin melepaskan jawatannya. Tetapi, ramai yang memujuk beliau untuk tidak meletakkan jawatannya kerana tidak mahu Anwar Ibrahim mengambil alih menjadi Perdana Menteri.

Kes Perbicaraan Dato Sri Najib Tun Razak pun telah menggemparkan rakyat Malaysia. Duit sebanyak RM2.6bilion yang didalam akaun Najib Razak dikatakan sebagai duit rakyat yang dicuri dan di rompak itu, akhirnya telah pun terungkai sedikit demi sedikit. Dalam kes perbicaraan itu, pengurus bank mengesahkan bahawa duit yang diterima oleh Najib Razak adalah dari Kerajaan dan Raja Arab untuk kegunaan politik dan pilihan raya. Baki duit itu pula diserahkan balik kepada penderma itu, iaitu Kerajaan dan Raja Arab. Jadi, ianya telah menjawap persoalan Mahathir bahawa tok Arab gila yang mendermakan duit kepada Najib Razak itu wujud dan dia masih waras lagi.

Adakah ini End Game Kerajaan Pakatan Harapan selama setahun mereka memerintah? Apa sudah jadi dengan Pakatan Harapan? Inikah cara mereka mengemudi Negara sedangkan mereka sendiri kucar-kacir.

 



Comments
Loading...