Mahathir lantik Mazlan Bujang ketuai PPBM Johor


(Bernama) – Bekas exco Johor, Mazlan Bujang dilantik sebagai pengerusi PPBM Johor yang baru.

Perkara itu disahkan Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan surat pelantikan sudah diserahkan kepada Mazlan.

“Saya fikir beliau sudah diberi surat,” kata perdana menteri selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri hari ini.

Osman Sapian yang merupakan pengerusi PPBM Johor, meletak jawatan sebagai menteri besar pada 8 April lalu.

Menteri Besar Johor yang baru, Dr Sahruddin Jamal ialah setiausaha PPBM Johor.

 



Comments
Loading...