Anwar Ibrahim, bertaubat sebelum engkau mati


Cukuplah, Anwar! Move on! Engkau dah tua. Rumah dah kata pergi dan kubur kata mari. Cubalah tengok sekeliling engkau tu, adik-beradik dan ipar kamu ramai yang dah mati. Giliran engkau pun mungkin tak lama lagi. Bertaubatlah! Minta maaf dengan Hadi. Dan jangan mati dalam keadaan munafiq dan fasiq.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Yang Anwar Ibrahim pergi jelajah seluruh Malaysia untuk bercerita tentang, kononnya, duit yang Umno derma kepada PAS tu kenapa? Dah takde kerja lain ke? Apa faedahnya bercerita tentang perkara ini? Apa kebaikannya untuk Malaysia? Laman-laman pro-Pakatan Harapan juga gembar-gembur cerita ini. Apa faedah atau kebaikan yang akan diperolehi?

Sekiranya cerita ini betul pun, jadi apa masalahnya? Umno ada banyak duit. Harta Umno sudah berbilion-bilion ringgit semenjak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi. Kalau Umno nak derma RM90 juta kepada PAS pun, ikut suka Umnolah. Sebab apa Anwar pula yang sibuk dan berkokok diseluruh Malaysia?

Yang tak fahamnya, Anwar ni sibuk dengan jaga tepi kain orang lain, dalam kainnya sendiri tunggang terbalik. Dengan parti dia sendiri tengah kecoh. Pakatan Harapan pula huru-hara. Kenapa tak selesaikan masalah dalaman itu dulu. Yang disibukkan hal orang lain.

Repot Polis Dibuat Terhadap Anwar Ibrahim

Ke Anwar ni memang sengaja nak bagi orang fokus ke tempat lain? Anwar sibuk bercerita tentang Umno dan PAS supaya orang tidak pandang atau focus dengan masalah PKR dan Pakatan Harapan. Ini mungkin apa yang Anwar cuba untuk buat.

Dulu, mungkin cerita tentang Umno bagi PAS derma sebanyak RM90 juta ni hot kerana ianya melibatkan duit 1MDB. Tapi sekarang Anwar sendiri mengaku yang duit ini bukan dari 1MDB. Jadi, sekiranya bukan dari 1MDB, buat apa masih nak cerita tentang isu ini? Kalau derma RM90 juta ini bukan dari 1MDB bermaknanya takde ceritalah!

Cerita ini bermula apabila Sarawak Report ‘dedahkan’ yang bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak telah curi berbilion-bilion ringgit dari 1MDB. Sebahagian dari duit itu atau RM90 juta dari berbilion-bilion yang dicuri dari 1MDB ‘dipercayai’ di beri kepada PAS atau pemimpin-pemimin dalam PAS, termasuk Abdul Hadi Awang.

Ia, ‘dipercayai’, bukan disahkan.

Apabila Hadi saman pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, Clare telah menyatakan di dalam pembelaan beliau yang cerita itu datang dari Ambiga Sreenevasan dan Ambiga pula dapat cerita itu dari Husam Musa. Husam telah melihat sekeping cek benilai RM90 juta dengan mata-kepala beliau sendiri.

Itu cerita asalnya.

Hari ini, cerita itu sudah bertukar. Husam tidak lagi terlibat. Ambiga juga tidak lagi terlibat. Anwar pula berkata yang cerita ini berpunca dari dokumen-dokumen mahkamah yang beliau sendiri telah melihat.

Pulak dah!

Anwar Ibrahim Kantoi! Bohong! Bohong! Bohong!

Kalau betul pun Umno derma RM90 juta kepada PAS, salah ke? Itu satu jenayah ke? Ada bukti ke?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah rampas berbagai-bagai dokumen berkaitan dengan perkara ini dan telah siasat cerita ini dengan teliti. Keputusannya: tidak ada bukti yang Umno derma RM90 juta kepada PAS.

Kalau ada bukti yang Umno derma RM90 juta kepada PAS sudah lama mereka akan berkokok dari Perlis ke Johor ke Sabah dan ke Sarawak. Tapi, dukacitanya, tidak ada bukti atau dapat kesan cek RM90 juta itu.

SPRM juga telah siasat dakwaan yang Hadi Awang mengarah Rameli Musa membayar Clare Brown RM1.4 juta untuk selesai kes mereka di luar mahkamah. Ini apa yang Anwar mendakwa berulang-ulang kali. SPRM juga telah siasat dakwaan ini dan selepas memeriksa semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya, termasuklah penyata bank dan didapati bahawa cerita ini juga bohong.

Jadi apa lagi Anwar nak? Cerita derma RM90 juta itu dan cerita Hadi bayar Clare RM1.4 juta kedua-duanya bohong. Tapi Anwar masih jelajah seluruh Malaysia dan bercerita tentang dua benda dongeng ini. Anwar ni sakit apa? Cukuplah! Cerita ini dah terbukti bohong. Kenapa tak habis-habis ulang balik cerita yang sudah dibuktikan bahawa cerita itu bohong?

Anwar, oh Anwar! Umno tak derma RM90 juta kepada PAS. Najib tidak curi RM90 juta duit 1MDB bagi kepada PAS. Hadi tidak arah Rameli bayar Clare RM1.4 juta sebagai ganti-rugi untuk selesai kes mereka di luar mahkamah. SPRM juga tidak jumpa apa-apa bukti untuk menyokong cerita-cerita fitnah ini.

Cukuplah, Anwar! Move on! Engkau dah tua. Rumah dah kata pergi dan kubur kata mari.  Cubalah tengok sekeliling engkau tu, adik-beradik dan ipar kamu ramai yang dah mati. Giliran engkau pun mungkin tak lama lagi. Bertaubatlah! Minta maaf dengan Hadi. Dan jangan mati dalam keadaan munafiq dan fasiq.

https://www.youtube.com/watch?v=YjJRP-4uFbY

 



Comments
Loading...